Seorang lelaki yang mendakwa sebagai ‘raja bunian’ dan disyaki menjalankan aktiviti ajaran Islam meragukan di Dungun, Terengganu akan didakwa pada Julai ini.
Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Terengganu (JHEAT), Nik Zuhaiza Ismail berkata suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.
Jelasnya suspek akan didakwa pada 28 Julai ini mengikut Seksyen 6 Akta Syariah Jenayah Takzir Terengganu 2001 kerana membuat dakwaan palsu.
“Perisytiharan adalah palsu dan berlawanan dengan ajaran Islam maka dikira satu kesalahan dan mahkamah boleh mendenda RM3,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sementara itu suspek dikatakan tidak bercadang untuk turun takhta biarpun ditahan pihak JHEAT.
Malahan lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa akan berbincang dengan pembesar dari kalangan jin terlebih dahulu sebelum membuat keputusan meletak jawatan.
Suspek yang ditemui di pejabat JHEAT di Kuala Terengganu mendakwa dia mewakili seluruh warga jin di alam ini.
Dakwanya lagi, pelantikan dia sebagai raja bunian juga mendapat perkenan empat sahabat Rasulullah yang didakwa ditemui secara jaga ketika berada di surau di Bukit Bauk.
Suspek pada Ahad ditahan kerana menjalankan aktiviti ajaran Islam yang meragukan di sebuah surau di Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun, Terengganu.
Suspek yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Muda Abdul Aziz didapati telah menetap di surau tersebut sejak enam bulan lalu.
Suspek mendakwa mendapat gelaran Raja Muda daripada kerajaaan jin yang didakwa mendiami kawasan hutan berhampiran dan menjadikan surau tersebut sebagai istananya.
Dalam tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas sebatang kayu mimbar yang dibalut dengan kain kuning dan putih dan dua buah batu nisan.
Turut dirampas pelbagai barangan seperti sofa yang dijadikan sebagai kerusi takhta, kitab dan beberapa barangan lain.
Astro Awani
Mon Mar 11 2019

Suspek mendakwa akan berbincang dengan pembesar dari kalangan jin terlebih dahulu sebelum membuat keputusan meletak jawatan.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sebar ajaran meragukan, 'Raja Bunian' bakal didakwa
Lelaki yang mendakwa sebagai raja bunian dan disyaki menjalankan aktiviti ajaran Islam meragukan di Dungun, Terengganu akan didakwa pada Julai ini.