Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menekankan kepentingan integriti dalam dirinya antaranya mengotakan janji yang dibuat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali ke SPRM bagi menerajui agensi itu bagi tempoh setahun sahaja.
Katanya beliau "mengenakan syarat" ketika bersetuju menerajui SPRM untuk tempoh setahun dalam pertemuannya dengan Dr Mahathir pada 14 Mei 2018 selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas dengan memberikan fokus untuk menyelesaikan dua isu utama.
Dua isu itu ialah menyelesaikan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dan menyelesaikan isu dalaman "berpuak-puak" serta berpecah belah dalam SPRM, dimana beliau yakin dapat menyelesaikannya dalam tempoh enam bulan ke setahun, katanya.
Mohd Shukri berkata beliau cukup menjaga dan mementingkan integritinya dan tidak pernah menyalahgunakan "satu sen duit kerajaan" pun dalam tempoh 33 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.
"Sejak saya masuk kerja sampai sekarang saya uphold integriti saya," katanya dalam pertemuan bersama media di sini hari ini.
Mohd Shukri, 58, memendekkan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020, yang dilakukan dengan ikhlas setelah misinya untuk menyelesaikan dua isu utama tersebut tercapai.
Mohd Shukri turut menafikan beliau sengaja memendekkan kontraknya secara tiba-tiba.
"Saya pegang kepada janji saya dengan Tun M (Dr Mahathir). Kalau saya tidak pegang janji saya dengan Tun. Saya Ketua Pesuruhjaya SPRM, saya kena pegang integriti. Saya kena pertahankan integriti saya. Saya kena tunaikan janji saya . Kalau saya tidak tunaikan janji dan pertahankan integriti, macam mana saya hendak jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM?" katanya.
Mohd Shukri menegaskan beliau tidak berkompromi soal integriti dari dulu sehingga sekarang.
"Jadi tuduhan mengatakan saya dipecat, melindungi orang tertentu dan sebagainya adalah tidak berasas," katanya.
Mohd Shukri bersara awal sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) pada 31 Julai 2016 sebelum kembali sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mei 2018 untuk tempoh dua tahun secara kontrak apabila kerajaan baharu Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan selepas memenangi PRU14.
Pada 4 Jun, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuatkuasa 1 Jun lalu selepas Mohd Shukri menamatkan kontraknya lebih awal.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2019

"Sejak saya masuk kerja sampai sekarang saya uphold integriti saya," katanya dalam pertemuan bersama media hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

1MDB: Pendakwaan pertikai soalan tidak relevan oleh pihak pembelaan Najib
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan pasukan pembelaannya dalam mengemukakan soalan yang tidak relevan kepada Tan Sri Esmee Ismail.

SC selesaikan siasatan ke atas Goldman Sachs, terima penyelesaian 1MDB bernilai AS$3.9 bln
Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan siasatannya ke atas Goldman Sachs International, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapore) Pte kerana terlibat dalam asma untuk menipu kerajaan Ma

Bon 1MDB: Goldman Sachs Singapore akan bayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura
Goldman Sachs Singapore Pte (GSSP) akan membayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura atas peranannya dalam penawaran bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

'Kenyataan SPRM tidak benar, tiada persetujuan bebaskan Riza' - Tommy Thomas
Tommy Thomas berkata, tidak ada sebarang persetujuan untuk membebaskan Riza daripada pertuduhan.

Equanimity: Harga penuh pembelian dibayar dalam tempoh ditetapkan
Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tiada agenda politik di sebalik laporan audit 1MDB - Ambrin
Saksi berusia 70 tahun itu berkata beliau hanya khuatir untuk membentangkan dapatan JAN kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.

Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Tawaran pampasan RM1 bilion Goldman Sachs 'tidak memadai' - Dr Mahathir
Kementerian Kewangan akan menentukan jumlah pampasan sewajarnya yang perlu dibayar oleh bank pelaburan itu.

Sejak saya masuk kerja sampai sekarang saya 'uphold' integriti saya - Shukri Abdull
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menekankan kepentingan integriti dalam dirinya antaranya mengotakan janji yang dibuat kepada PM.