Cadangan untuk memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan cadangan yang dikemukakan oleh perbadanan itu.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sebaliknya ia adalah cadangan yang diperoleh daripada konsultasi awam yang diadakan oleh PTPTN.
"Saya lihat apa yang PTPTN kemukakan ialah konsultasi awam. Mereka inginkan pandangan awam terhadap beberapa perkara. Mereka ingin cadangan daripada konsultasi awam itu.
"Itu bukan cadangan mereka, cuma apabila wartawan tanya dia (Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan) jawab macam itu. Pada saya PTPTN perlu memberikan penjelasan kepada media supaya tidak berlaku silap faham seperti itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Ara, dekat sini hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap peminjam yang tidak membayar balik pinjaman bagi tempoh yang lama adalah antara 10 idea yang diperoleh untuk dipertimbangkan bagi pelaksanaan mekanisme skim bayaran balik pinjaman PTPTN.
Mastura berkata idea itu diperoleh hasil perbincangan meja bulat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ahli kewangan, anggota Parlimen dan mahasiswa dari Januari hingga Mac lepas dan terdapat enam langkah penguatkuasaan yang dicadangkan antaranya sekatan untuk pembaharuan pasport, lesen memandu dan cukai jalan.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata cadangan untuk memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara itu adalah suatu perkara yang tidak patut dipertimbangkan oleh Wan Saiful.
"Saya ingin ingatkan saudara Wan Saiful bahawa isu PTPTN ini menjadi 'rallying cry' bagi Pemuda Pakatan Harapan di mana kami sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dahulu telah menggerakkan pemuda dan pemudi seluruh negara agar PTPTN mencari satu formula yang lebih berkesan untuk masa akan datang.
"Ia juga menjadi salah satu faktor penentu pemuda dan pemudi di negara ini mengubah sokongan mereka kepada Pakatan Harapan dan lantas menumbangkan rejim kleptokrat Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lalu," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata dengan hanya mempunyai niat untuk mengembalikan amalan itu umpama mengkhianati perjuangan awal pemuda dan pemudi Pakatan Harapan.
Justeru, Dr Afif menyeru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya masuk campur dalam isu berkenaan kerana ia melibatkan janji Pakatan Harapan dan aspirasi anak muda yang tidak mahu melihat kos sara hidup tinggi menjadi antara bebanan kepada generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2019
Maszlee beramah mesra dengan murid-murid sekolah ketika melakukan lawatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Ara, George Town, 17 Mei, 2019. --fotoBERNAMA
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.