Sekatan sempadan baharu terhadap pengembara termasuk dari ASEAN tidak melibatkan laluan laut serta darat antara Singapura dan Malaysia, yang membawa maksud bahawa rakyat kedua-dua negara boleh melakukan perjalanan dari kedua-dua arah seperti biasa.
Pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura mengenai COVID-19 Lawrence Wong berkata meskipun perintah itu terpakai kepada seluruh negara ASEAN, satu persetujuan berasingan telah disediakan untuk Malaysia menerusi kumpulan kerja bersama dua hala.
Pertimbangan khusus telah diberikan kepada Malaysia berdasarkan jarak yang dekat dan kesalingbergantungan yang tinggi antara kedua-dua negara.
"Kita sememangnya perlu mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan jumlah orang dan kenderaan yang tinggi keluar masuk dari semua pusat pemeriksaan ini," katanya semasa mengumumkan langkah-langkah tambahan yang diambil Singapura hari ini bagi menangani situasi COVID-19 bermula tengah malam Isnin.
Berkuat kuasa pada 16 Mac 2020, jam 2359, semua pengembara yang memasuki Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara ASEAN, Jepun, Switzerland atau United Kingdom dalam tempoh 14 hari lepas akan diberikan Notis Duduk di Rumah (SHN).
BACA: COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428
Wong, yang juga Menteri Pembangunan Negara, berkata di laluan darat sahaja, sejumlah 200,000 orang bergerak melalui pusat pemeriksaan setiap hari dan pengenaan syarat 14 hari SHN akan menyulitkan keadaan serta menimbulkan begitu banyak gangguan bagi kedua-dua negara.
"Jadi syarat 14 hari yang dikenakan adalah tidak praktikal untuk kesemua pengembara ini dan kami perlu melihat langkah berjaga-jaga yang lain seperti memeriksa keadaan kesihatan mereka. Jadi perbincangan masih berlangsung antara kedua-dua pihak," katanya panjang lebar.
Perintah perjalanan terkini itu terpakai kepada Penduduk Singapura, pemegang Pas Jangka Panjang dan pelawat jangka pendek namun bukan mereka yang melakukan transit di Singapura tanpa keluar dari kawasan transit.
Selain itu, mereka perlu memberikan bukti di mana mereka akan menjalani tempoh 14 hari SHN, contohnya tempahan hotel yang meliputi keseluruhan tempoh tersebut, atau tempat kediaman yang mereka atau anggota keluarga mereka miliki.
Mereka juga mungkin akan diambil sampel untuk ujian bagi COVID-19, meskipun tanpa mengalami gejala kerana berdepan risiko jangkitan komuniti di negara asal dan bukti kes-kes yang diimport dari kesemua negara ini ke Singapura.
Selain syarat yang dikenakan SHN, mulai 16 Mac 2020, jam 2359, semua pelawat jangka pendek dari mana-mana negara ASEAN perlu mengemukakan maklumat yang diperlukan mengenai keadaan kesihatan mereka kepada Misi Luar Negara Singapura di negara di mana mereka menetap sebelum tarikh perjalanan.
Ia perlu diluluskan Kementerian Kesihatan Singapura sebelum perjalanan dilakukan ke negara itu dan kelulusan tersebut akan disahkan para pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di pusat pemeriksaan Singapura.
Pelawat jangka pendek yang tiba di Singapura tanpa kelulusan yang diperlukan akan dilarang memasuki negara itu dan oleh yang demikian, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kelulusan tersebut sebelum membuat tempahan perjalanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 15 2020
Pertimbangan khusus telah diberikan kepada Malaysia berdasarkan jarak yang dekat dan kesalingbergantungan yang tinggi antara kedua-dua negara. - Gambar fail/BERNAMA
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Dua pencipta kandungan wakili Malaysia dalam program 'ASEAN LIVE Creators for Change'
Program itu membuka peluang kepadanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai bidang pendidikan lebih-lebih lagi melalui kerjasama serantau.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay
Peluang membincangkan dasar dan menyaksikan secara langsung potensi besar pertumbuhan pelancongan mampan di rantau ini.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.