Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup selama dua hari bermula esok, umum Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek, hari ini.
Beliau berkata penutupan sekolah dan tadika di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibuat ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin tinggi dan berbahaya, manakala di Selangor pula penutupan sekolah dibuat Jawatankuasa Bantuan dan Bencana Selangor.
"Bagi guru-guru yang terlibat dengan penutupan sekolah, mereka diberi pilihan untuk bekerja dari rumah atau hadir ke sekolah," katanya pada sidang media sempena Majlis 'Meet and Greet Pasukan Malaysia Warrior and Malaysia Tiger', di sini hari ini.
Maszlee berkata semua pengumuman dan penutupan sekolah akan dilakukan setiap hari selewat-lewatnya jam 6 petang.
Guru besar juga diberi kebenaran untuk mengumumkan penutupan sekolah sekiranya mereka berpandangan keadaan jerebu semakin teruk berdasarkan trend bacaan IPU pada hari berkenaan dan keputusan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, katanya.
Bagi sekolah diumumkan tutup setelah murid-murid berada di sekolah, murid-murid dibenarkan berada di sekolah dan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan berjalan seperti biasa sehingga habis waktu persekolahan bagi sesi tersebut kecuali ada permintaan waris untuk membawa anak mereka pulang, katanya.
"Semua sekolah yang terlibat dengan penutupan juga tidak perlu diganti kerana dikategorikan sebagai cuti bencana," katanya.
Maszlee berkata keputusan penutupan mana-mana Institut Pengajian Tinggi adalah terletak kepada keputusan pengurusan universiti masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019

Pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang terjejas dengan jerebu. - Gambar fail/BERNAMA

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Jerebu: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang
Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 5 petang ini.

Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.

MetMalaysia jangka jerebu tidak berpanjangan - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan memandangkan tiupan angin yang kerap berubah.

Tujuh kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5pm
Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 5 petang ini.

Jerebu: Tujuh kawasan catat indeks pencemaran udara tidak sihat setakat 10 pagi
Tujuh kawasan mencatatkan bacaan IPU di paras tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas.

15 kawasan rekod bacaan kualiti udara tidak sihat
Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan IPU paling tinggi setakat pagi ini iaitu 164.

Jerebu: Orang ramai dinasihat ambil langkah pencegahan kurangkan kesan kesihatan - JKNNS
Elak lakukan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.

58 kawasan catat bacaan IPU sederhana
Sebanyak 58 stesen pemantauan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 3 petang ini.

SJKT Ladang Byram catat IPU tidak sihat
Bacaan IPU di SJKT Ladang Byram dicatatkan tidak sihat ekoran kejadian kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sejak Rabu minggu lepas.

Asap debu Gunung Sinabung dijangka masuki ruang udara Malaysia, IPU tidak terjejas - MetMalaysia
Jailan berkata, keadaan ini hanya boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras ketinggian 1,524 meter hingga 4,267 kaki dari permukaan.