Pusat pengajian agama sama ada sekolah tahfiz atau sekolah pondok perlu memberi penekanan terhadap aspek keselamatan termasuk mencegah daripada berlaku kebakaran.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan sentiasa memberi peringatan kepada pihak pengurusan pusat pengajian berkenaan namun kebakaran masih dilaporkan berlaku membabitkan institusi itu.
"Kita sudah arahkan pihak pengurusan memberi penekanan ke atas perkara ini bagi mengelakkan perkara sama (kebakaran) berulang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hududullah di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Ahmad mengulas kebakaran yang memusnahkan 14 pondok di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir di sini, malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.
Sementara itu, Mudir madrasah berkenaan Mohd Jalaluddin Hasayuti Mohamed berkata kebakaran itu berkemungkinan berpunca daripada litar pintas berikutan sistem pendawaian lama di pondok terbabit.
"Apapun saya bersyukur walaupun bangunan pondok musnah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika ditemui di madrasah berkenaan.
Beliau berkata setakat ini, kesemua 24 pelajar yang tidak mempunyai tempat tinggal ditempatkan sementara di blok asrama madrasah itu.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut menghulurkan bantuan segera RM54,000 bagi membantu pihak pengurusan madrasah itu, yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK Dr Nik Azlan Abd Hadi.
"Kita akan salurkan bantuan untuk membina bangunan baharu menggantikan pondok yang musnah dalam kebakaran tersebut," katanya.
Nik Azlan turut menasihatkan pihak pengurusan sekolah tahfiz dan pondok di Kelantan supaya mengutamakan aspek keselamatan termasuk membuat pemeriksaan pendawaian elektrik.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zin berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2017

Pihak pengurusan sekolah tahfiz dan pondok di Kelantan dinasihatkan mengutamakan aspek keselamatan termasuk membuat pemeriksaan pendawaian elektrik. Foto Astro AWANI
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.

Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.

PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.

Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.

Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.