"90 peratus sel hatinya tidak berfungsi, Arshad kini terus bertarung nyawa menjalani pembedahan keempat."
Permulaan bicara yang kurang enak didengar daripada bapa bayi 19 bulan yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah, Antashah Mohd Nor ketika menghubungi Astro AWANI lewat petang Sabtu 22 November.
Kata Antashah, pada petang Jumaat, Arshad dipindahkan ke wad biasa selepas prosedur pengasingan sel tubuh Arshad diambil untuk mengesan bahagian yang mengalami jangkitan (biopsi).
"Petang semalam selepas biopsi dilakukan, Arshad dipindahkan ke wad biasa kerana ujian darah dan dari pemerhatian sudah nampak lebih stabil.
"Namun, sepanjang berada di wad biasa, Arshad kelihatan tidak selesa dan seperti dalam kesakitan. Perkara yang tidak disangka berlaku, perut Arshad membesar sepanjang malam.
"Pagi tadi ujian pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dilakukan dan mendapati masih ada ketulan air yang tidak dapat diserap," jelasnya.
Arshad ketika dibawa ke bilik pembedahan untuk menjalani pembedahan keempat dalam tempoh sebulan di HUS - Gambar Antashah
Kata Antashah lagi, anaknya terus ditolak ke dewan bedah dan doktor telah menerangkan secara terperinci mengenai pembedahan kali keempat yang terpaksa dijalankan kurang sebulan selepas pembedahan pemindahan hati akhir bulan lalu.
"Kami menerima keputusan biopsi semalam dan diberi penerangan terperinci berkenaan keadaan Arshad. Berita gembira buat kami, tiada penolakan hati yang baru dari Arshad.
"Namun, kuasa Allah melebihi segala andaian dan percaturan kita dalam berusaha.
"Sel-sel hati yang patutnya 'regenerate' atau dihasilkan semula di dalam hati dengan pengaliran darah melalui salur darah tidak berlaku.
"90 peratus dari keputusan biopsi menunjukkan sel hati Arhad telah mati," katanya dalam nada sayu.
Jelasnya, punca Arshad di dalam situasi berkenaan adalah kerana kekurangan nutrien dan serangan jangkitan kuman serta proses penyembuhan.
"InsyaAllah, kami percaya akan kekuasaan dan kesembuhan dari Allah buat pejuang kami...Arshad. Cuma hati kecil kami sedih melihat tubuh kecil Arshad dibedah berulang kali," katanya.
Wajah terkini Arshad di HUS - Gambar Antashah
Arshad menjalani pembedahan pemindahan hati pada 28 Oktober lalu di Hospital Universiti Singapura (HUS) namun terpaksa menjalani pembedahan susulan selepas mengalami kesukaran bernafas pada 5 November lepas.
Pada 11 November, Arshad menjalani satu lagi pembedahan selepas pakar mendapati perutnya kembali membesar.
Antashah yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu selain berdoa Arshad akan kembali ceria dalam dakapan ibu dan 'daddy'.
Sejak Julai, Astro AWANI menyiarkan kisah Arshad yang memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000 untuk pembedahan pemindahan hati.
Kos itu tidak termasuk rawatan susulan dan ubat-ubatan yang terpaksa ditanggung selepas pembedahan.
"Bagaimanapun dana semakin kurang. Sebabnya, Arshad menjalani tiga kali lagi pembedahan selepas pemindahan hati dan ditempatkan terlalu lama di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang menelan kos sangat mahal," katanya.
Antashah semakin sihat namun badannya sedikit bisa selepas pembedahan pemindahan hati di HUS. -Gambar Antashah
Dalam pada itu, Antashah memberitahu keadannya selepas pembedahan hati semakin baik walaupun sesekali diserang bisa dan sengal badan.
"Tetapi mengenangkan apa yang harus Arshad lalui, kami jadi tabah dan semakin kuat menghadapi semua ini.
"Setiap kali melihat Arshad terbaring layu, sesekali tersenyum melawan sakit bila melihat telatah kami mengusiknya," jelasnya.
Selain https://www.facebook.com/Arshadimanshah, maklumat mengenai Arshad juga boleh diperoleh melalui #arshadimanshah, #donateRM1forbabyarshad, #donatemoreRM1forbabyarshad dan #donateandsavebabyarshad.
Orang ramai juga boleh terus menghulurkan bantuan kepada Arshad dengan menggunakan akaun POSB Antashah di Singapura yang bernombor 406184617 atau melalui akaun Maybank Antashah yang bernombor 5628 4350 6388.
Wan Syamsul Amly
Sat Nov 22 2014
ANTASHAH: 90 peratus sel hati tidak berfungsi, Arshad bertarung nyawa jalani pembedahan keempat. -Gambar fail
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
'Tiga tahun air mata ini untuk Arshad' - Antashah
Sambutan hari jadi ketiga untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit atresia biliari (hati) dan menjalani lima kali pembedahan sebelum ini,Arshad Imanshah tanda syukur terhadap kesihatannya selama ini.
'Tiga pilihan untuk masa depan Arshad' - Antashah
Antashah Mohd Nor kini di dalam dilema untuk memilih tiga pilihan yang diberi doktor di Hospital Sir Ganga Ram (SGRH) New Delhi demi masa depan anaknya.
'Arshad akan ke India jalani pembedahan hati kali kedua' - Antashah
Arshad Imanshah akan ke India pada Ahad ini untuk menjalani pembedahan hati semula selepas prosedur kali pertama pada 28 Oktober tahun lalu tidak mencapai kejayaan.
'Arshad perlu pembedahan pemindahan hati kali kedua' - Antashah
Keadaan kanak-kanak dua tahun yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah yang menjalani pemindahan hati 28 Oktober tahun lalu kini perlu melakukan prosedur itu semula.
Permulaan baru buat Arshad, kini dibenarkan keluar hospital - Antashah
Bayi yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah yang menjalani pembedahan hati di Hospital Universiti Singapura (HUS) Oktober tahun lalu kini dibenarkan keluar hospital.
Arshad cekal dengan hanya 10 peratus hatinya berfungsi - Antashah
Keadaan bayi 19 bulan yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah kini dilihat stabil walaupun denyutan jantung dan tekanan darahnya masih belum di peringkat memuaskan.
Sel hati tidak berfungsi, Arshad bertarung nyawa jalani pembedahan keempat
"90 peratus sel hatinya tidak berfungsi, Arshad kini terus bertarung nyawa menjalani pembedahan keempat."
Arshad terus berjuang selepas tiga kali pembedahan - Antashah
Bapanya, Antashah Mohd Nor berkata, semangat Arshad dilihat sangat tinggi walaupun kini diberi ubat tidur dengan dos rendah untuk menenangkannya.
Pembedahan Arshad lancar, kini dalam pengawasan rapi - Antashah
Arshad dan Antashah kini diharap segera sembuh selepas menjalani pembedahan 28 Oktober lalu.
Ada bakteria E-Coli dalam darah Arshad, doakan anak kami - Antashah
Bayi yang mengidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah kini diberi antibiotik paling kuat sebelum kira-kira 10 hari lagi dia dijadual memulakan pembedahan.