Selangor mencatat jumlah tertinggi laporan pencemaran sebanyak 2,749 dengan pecahan 2,379 untuk udara, air (216), buangan terjadual (22), bunyi (57), tanah (27), tumpahan minyak (6) dan 43 lain-lain.
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah berkata, angka itu diperolehi daripada jumlah 9,681 laporan direkod Jabatan Alam Sekitar dari Januari sehingga Oktober lepas.
“Dalam tempoh yang sama, JAS telah berjaya melaksanakan 11, 710 pemeriksaan, peningkatan 63 peratus dari tahun lepas, 1,593 arahan lapangan, peningkatan 33 peratus dari tahun lepas dan 3,413 notis arahan, peningkatan 70 peratus dari tahun lepas.
“(Manakala) 3.465 kompaun, peningkatan 51 peratus dari tahun lepas, 238 tindakan makamah, peningkatan 37 peratus dari tahun lepas dan 254 perintah larangan, peningkatan 4,133 peratus dari tahun lepas,” katanya.
Isnaraissah menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (PH - Tasek Gelugor) yang mahu tahu statistik terkini berkaitan laporan pencemaran alam sekitar yang berlaku mengikut negeri.
Dalam pada itu katanya, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengendalian Bencana Industri yang menggariskan peranan dan tanggungjawab agensi-agensi dalam mengendalikan bencana industri.
“Tatacara pengendalian bencana dalam SOP ini boleh digunapakai menghadapi apa-apa insiden atau bencana kimia yang berlaku.
“Di samping menggunapakai SOP tersebut, pihak Jabatan Alam Sekitar juga melaksanakan langkah kesedaran bersama masyarakat bagi meningkatkan tahap pemahaman penduduk tempatan berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku insiden pencemaran atau bencana kimia,” jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Wed Nov 27 2019
Selangor mencatat jumlah tertinggi laporan pencemaran seperti yang direkod Jabatan Alam Sekitar dari Januari sehingga Oktober lepas, kata Isnaraissah Munirah. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Mangsa banjir terus meningkat, Kelantan paling terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.
Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus
Sorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai dalam kejadian banjir kilat di Kilometer 4 Jalan Selirik di Kapit.
Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.
Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
Ahmad Zahid minta mangsa banjir utamakan keselamatan, patuhi arahan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mereka yang berada di kawasan berisiko banjir supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
[TERKINI] Warga emas maut dihanyut arus deras di Kapit
Seorang warga emas maut selepas keretanya dihanyutkan arus deras di kilometer 4, Jalan Selirik, Kapit.
Kantin sekolah boleh bincang dengan ibu bapa untuk naik harga - Fadhlina
Pengusaha kantin sekolah boleh mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah serta wakil PIBG untuk mendapatkan persetujuan sebelum menaikkan harga jualan makanan di kantin sekolah.
PGK bukan metrik utama kelayakan bantuan kebajikan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bukan satu-satunya kaedah yang digunapakai kerajaan bagi menilai kelayakan individu bagi permohonan bantuan kebajikan.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat pelbagai faktor lain yang diambil kira untuk memastikan mereka yang layak dan berkeperluan mendapat akses kepada bantuan disediakan oleh kerajaan.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat pelbagai faktor lain yang diambil kira untuk memastikan mereka yang layak dan berkeperluan mendapat akses kepada bantuan disediakan oleh kerajaan.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.
Alam sekitar tanggungjawab kolektif semua pihak - JAS
Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor industri dan komuniti.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
NRES harap Belanjawan 2025 tumpu usaha perkasa JAS - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berharap hasrat untuk memperkasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.
JAS ambil sampel Sungai Sekah, loji kumbahan disyaki tercemar
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil sampel air di Sungai Sekah dan sebuah loji sisa kumbahan selepas disyaki menyebabkan pencemaran sungai di Nilai.
JAS sedang siasat, periksa premis bertanggungjawab cemar Sungai Tebrau
JAS sedang menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki melakukan pencemaran sehingga menyebabkan bau busuk di Sungai Tebrau.
Kerja pembersihan dua lokasi tercemar bermula hingga 22 September - Exco
Kerja pembersihan sisa bahan terjadual itu akan dibuat di dua lokasi iaitu Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika.
Pencemaran bau: KKM sedia bantu individu terkesan
Menurut Dr Dzulkefly, isu pencemaran bau di sekitar sungai di Johor dipantau pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Bungkusan 'misteri' dipercayai punca pencemaran bau dijumpai di anak Sungai Pandan
Bungkusan putih lut sinar yang ditemui oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor kira-kira jam 10 pagi itu mempunyai bau yang sama seperti di Kampung Melayu Pandan sebelum ini.