Kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan hari ini mengadakan perbincangan semula berhubung syarat-syarat perjanjian penstrukturan air di negeri ini.
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata perbincangan awal mengenai perkara itu diadakan antara Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Loo Took Gee pagi tadi.
"Perbincangan hari ini bukan antara menteri dan menteri besar, ia antara pegawai tertinggi. Kerajaan negeri diwakili Datuk Khusrin dan saya diberitahu pihak sebelah sana diwakili KSU.
"Saya difahamkan perbincangan pagi tadi merupakan permulaan yang baik dan saya akan buat mesyuarat susulan dengan menteri (berkenaan)...saya harap kita mampu memuktamadkan semua semangat dan prinsip perjanjian ini secepat mungkin," katanya.
Mohamed Azmin bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program sambutan Hari Air Sedunia 2015 peringkat negeri Selangor di sini, hari ini.
Pada 9 Mac lepas, Mohamed Azmin memaklumkan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air itu atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar beberapa terma Perjanjian Utama yang ditandatangani tahun lepas.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili menjelaskan kemudian bahawa kerajaan negeri enggan menangani tiga daripada lapan syarat dalam perjanjian utama dengan kerajaan Persekutuan.
Bernama
Mon Mar 23 2015
AZMIN: Saya difahamkan perbincangan pagi tadi merupakan permulaan yang baik dan saya akan buat mesyuarat susulan dengan menteri. - Gambar Fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.