Selepas kes `makcik gelang pink’ yang tular kerana ingkar arahan kuarantin dengan makan di sebuah kafe baru-baru ini, satu lagi kes seumpama itu didakwa dikesan di bandar raya ini.
Kali ini, tular gambar seorang wanita memakai gelang merah jambu didakwa sebagai individu di bawah pengawasan (PUS) makan di sebuah restoran dikatakan di Fair Park di sini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai kes berkenaan.
“Laporan polis telah dibuat dan pihak JKN Perak sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti individu terbabit,” katanya dalam kenyataan ringkas melalui aplikasi Whatsapp di sini, hari ini.
BACA: Wanita 'gelang pink' sedang dirawat di hospital
BACA: Makcik degil gelang 'pink': JKN Perak teruskan siasatan, pendakwaan
BACA: COVID-19: Gara-gara 'makcik degil gelang pink', restoran ini pula jadi mangsa
Pada 21 Julai lalu, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.
Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya di sini menunjukkan gelang tangan berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan dia di bawah arahan kuarantin COVID-19.
Pada 29 Julai lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menghentikan siasatan berkaitan kes ‘makcik degil gelang pink’ itu.
Bagaimanapun, katanya, buat masa ini siasatan tersebut akan diteruskan oleh JKN Perak.
Astro Awani
Wed Aug 05 2020

Gambar wanita memakai gelang merah jambu yang tular di media sosial. -Gambar media sosial

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

TikTok tanggal gelang 'pink': Remaja dikompaun RM5,000
Kompaun berkenaan dikeluarkan selepas video aplikasi TikTok remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial pada Isnin.

COVID-19: Wanita 'gelang pink' dalam perjalanan pulang dari CAC
Wanita tersebut menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah klinik di Kota Damansara pada Sabtu dan disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Lelaki gelang 'pink' isi minyak kereta dikenal pasti
Aksi lelaki berusia 25 tahun itu yang juga tidak memakai pelitup muka tular di media sosial kira-kira jam 2 petang pada Rabu.

Tular bawa pekerja naik lori: Kilang ayam sudah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan selepas kilang berkenaan didapati tidak mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JKN Kedah sahkan arah pekerja kilang proses ayam dibawa ke PKD
JKN Kedah mengesahkan telah meminta pihak majikan sebuah kilang pemprosesan ayam di Bedong, Sungai Petani untuk membawa pekerjanya yang positif COVID-19 ke PKD.

Lori sarat dengan pekerja asing bergelang 'pink' ditahan polis
Polis menahan sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja warga asing memakai gelang kuarantin di Sungai Petani pada Ahad, selepas video dan gambar insiden berkenaan tular di media sosial.

COVID-19: Kontak rapat serumah di Kelantan perlu pakai gelang kuarantin 14 hari
Kelantan memutuskan supaya semua kontak rapat serumah dengan kes positif COVID-19, akan dipakaikan gelang kuarantin selama 14 hari.

Polis siasat warga asing 'gelang pink' beli barang keperluan
Siasatan dibuat selepas polis menerima laporan berhubung beberapa rakaman video tular yang jelas melanggar SOP COVID-19.

Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah - KP Melaka
Lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit.

Kelantan kuat kuasa penggunaan gelang merah jambu, hijau
Ketetapan itu dibuat selepas kerajaan menimbang untuk membendung penularan COVID-19 di Kelantan yang masih kekal sebagai negeri zon hijau.