PERNAH dengar nama ‘Tam’ dan ‘Iman’? Mereka tidak popular seperti nama-nama selebriti tanah air atau artis K-pop yang menjadi kegilaan ramai.
Sebaliknya, mereka adalah dua ekor badak sumbu Sumatera yang ada di Malaysia ketika ini, dan berdepan ancaman kepupusan.
‘Rakan baik’ mereka, Puntung – badak Sumatera betina telah mati pada 4 Jun 2017 selepas diberikan suntikan menerusi prosedur euthanasia akibat menghidap kanser kulit, di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Sabah.
Kematian Puntung ketika itu menyentuh hati pelbagai lapisan masyarakat, bukan dalam kalangan pencinta haiwan di Malaysia sahaja malah dari seluruh dunia.
Situasi semakin membimbangkan selepas timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah, Datuk Christina Liew, mengatakan tiada lagi badak Sumatera dikesan di Sabah sejak 2016.
Maka, tumpuan kini perlu diberikan kepada badak sumbu jantan dan betina terakhir di Malaysia – Tam dan Iman yang masing-masing sudah hampir mencecah usia 30 tahun dan lewat 20-an, yang berada di bawah jagaan Borneo Rhino Alliance (BORA).
BACA: Laporan WWF dedahkan betapa parah kesan aktiviti manusia terhadap planet
Mengulas lanjut, Pengarah Eksekutif BORA, Datuk Dr Junaidi Payne berkata kerjasama erat antara kerajaan Malaysia dan Indonesia perlu dilakukan dalam kadar segera dalam usaha memastikan spesis ini tidak pupus.
Katanya, satu program yang terurus dengan mengabungkan kemahiran dan teknologi daripada negara-negara pakar perlu dijalankan.
“Indonesia seharusnya mengalu-alukan pengetahuan dan kemahiran yang ada di negara lain termasuk dari Malaysia dan German.
“Selain itu, meneruskan teknologi reproduktif yang maju kepada badak yang lebih tua atau sakit di Sabah dengan menyumbangkan jurnal untuk membantu dalam penghasilan sperma dan embrio untuk proses pembiakan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Khamis.
Dr Junaidi Payne yang juga merupakan pakar dalam bidang sejarah semulajadi dan ekologi di Sabah percaya bahawa badak sumbu Borneo merupakan spesis yang paling terancam di dunia.
Sebelum ini media melaporkan, Iman mengalami pendarahan di bahagian rahim akibat daripada uterine tumour yang pecah di bahagian itu.
Ditanya mengenai kondisi kesihatan Iman, beliau berkata keadaan kesihatan badak Sumatera betina itu sihat dan mampu untuk melakukan proses persenyawaan daripada sperma-sperma badak Sumatera jantan.
Malangnya, proses persenyawaan tersebut tidak boleh dibuat antara Iman dan Tam memandangkan badak Sumatera jantan terakhir di Malaysia itu sudah berusia.
Dr Junaidi berkata, pihaknya masih menunggu lampu hijau dari Indonesia untuk menghantar telur Iman bagi tujuan disenyawakan dengan badak-badak Sumatera jantan yang ada di Institut Pertanian Bogor, Indonesia.
“Boleh dikumpul dari badak jantan dan sekiranya embrio dihasilkan, ia mungkin disimpan selama bertahun-tahun sehingga ada teknologi yang lebih teratur.
“Kami masih menunggu jawapan dari Indonesia dan kemungkinan proses persenyawaan ini perlu dilakukan antara empat dan enam kali. Sekiranya proses itu berjaya, embrio biasanya perlu berada selama 16 bulan di dalam rahim badak betina, bermula hari persenyawaan in-vitro fertilization (IVF) sehingga beranak,” jelasnya.
Untuk rekod, jumlah badak sumbu Sumatera telah berkurang dari kira-kira 200 ekor sejak separuh abad yang lalu apabila pembalakan, perladangan dan pembangunan lain semakin aktif di habitat mereka.
Persoalannya, sanggupkah kita kehilangan Tam dan Iman selepas Puntung?
Hasimi Muhamad
Thu Apr 18 2019

Puntung badak Sumatera betina telah mati pada 4 Jun 2017 selepas diberikan suntikan menerusi prosedur euthanasia akibat menghidap kanser kulit, di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Sabah. Gambar REUTERS/Angie Teo

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Selepas Puntung, sanggupkah Malaysia kehilangan Tam dan Iman?
PERNAH dengar nama Tam dan Iman? Mereka tidak popular seperti nama-nama selebriti tanah air atau artis K-pop yang menjadi kegilaan ramai.