Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasar semua tenaga pengajar Tabikanya memiliki diploma pendidikan awal kanak-kanak menjelang 2020, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata setakat ini, 70 peratus daripada hampir 11,000 tenaga pengajarnya atau dikenali sebagai Pemaju Masyarakat mempunyai diploma.
Sehubungan itu semua pengambilan baharu tenaga pengajaar Tabika Kemas diwajibkan memiliki diploma, katanya kepada pemberita selepas menutup dan penyampaian hadiah pada Hari Potensi Tabika Kemas peringkat kebangsaan di sini semalam.
Ismail Sabri berkata Pemaju Masyarakat sedia ada yang tidak mempunyai diploma akan dihantar berkursus untuk mendapatkan diploma dan sehingga kini, 4,000 orang sudah berbuat demikian.
Beliau berkata bagi mencapai matlamat pemilikan diploma, Kemas akan menjalin kerjasama dengan pusat pendidikan tinggi termasuk Universiti Sultan Idris dan Institut Pengajian Guru.
Beliau berkata kerajaan persekutuan berbelanja RM600 juta untuk mengurus Tabika Kemas di seluruh negara iaitu lebih RM400 juta untuk pembayaran gaji tenaga pengajar dan RM100 juta untuk penyediaan makanan murid-murid.
Kemas turut menyediakan peruntukan RM13 juta untuk membaik pulih bangunan sedia ada selain mengumpul dana RM2.5 juta menerusi sumbangan korporat bagi membaiki bangunan Tabika yang daif, katanya.
Ismail Sabri berkata tiga modul utama turut diperkenalkan untuk memperkasa murid-murid Tabika Kemas iaitu Program Penghayatan Pendidikan Islam, Pemupukan Semangat Patriotik dan Modul Keyakinan Diri. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2016
Menurut Ismail Sabri, setakat ini, 70 peratus daripada hampir 11,000 tenaga pengajarnya atau dikenali sebagai Pemaju Masyarakat mempunyai diploma.- Gambar hiasan
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.