Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menggesa semua pihak berkaitan menimbang semula cadangan pembangunan yang melibatkan kawasan Hutan Simpan Kekal HSK.
Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah wajar aktiviti pembangunan tanah yang melibatkan HSK patut diberhentikan serta-merta bagi mengekalkan peranan serta sumbangan HSK kepada pembangunan negara serta konservasi kepelbagaian hayat.
Wan Junaidi berkata keluasan kawasan HSK di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berkurangan 37.83 ha dari 106.10 ha sejak mula diwartakan ke keluasan 68.27 ha pada masa ini.
Jelasnya, Ia berikutan keperluan mendesak untuk pembangunan tanah, terutama sekali untuk tujuan pembangunan jalan dan pelbagai infrastruktur yang amat pesat bagi memenuhi keperluan
dan permintaan awam yang kian meningkat.
Selain itu, katanya, kawasan HSK tidak digalakkan untuk diwarta keluar atau dibuka untuk projek pembangunan tanah walaupun Pihak Berkuasa Negeri boleh berbuat sebaliknya sejajar dengan Seksyen 11, Akta Perhutanan Negara 1984.
Tambahnya, Pihak Berkuasa Negeri perlu komited untuk menggantikannya serta-merta selaras Seksyen 12, Akta yang sama di Kuala Lumpur atau di mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia.
Menurut Wan Junaidi, NRE akan memohon Pihak Berkuasa Negeri untuk menyemak projek-projek pembangunan tanah yang melibatkan HSK melalui Majlis Tanah Negar (MTN) samada untuk menimbang semula atau mengambil langkah-langkah bagi kepentingan dan komitmen negara.
Katanya, ini membolehkan NRE menguatkuasakan peraturan dan kawasan gantian boleh diwartakan terlebih dahulu sebelum mana-mana hutan simpan kekal dibangunkan.
Pada masa sama, katanya Pihak Berkuasa Negeri perlulah komited sepenuhnya kepada komiten-komitmen negara kepada apa jua keputusan dari forum-forum seperti UNFF, UNFCC Paris Treaty dan TPPA.
Dengan itu, Wan Junaidi berkata adalah wajar Pihak Berkuasa Negeri komited kepada pengekalan kawasan berhutan tidak kurang 50% dpd keluasan Negara.
Wan Junaidi berkata NRE tidak menggalakan pembukaan kawasan hutan secara berleluasa bagi mengelak kebakaran hutan dan NRE prihatin terhadap risiko kitaran Fenomena El-Nino dari perspektif kawasan hutan sebagai kawasan tadahan hujan
Tegasnya lagi, NRE menerusi JPSM bersama-sama JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan terus memastikan HSK tersebut terpelihara.
Astro Awani
Tue May 03 2016

Kawasan HSK tidak digalakkan untuk diwarta keluar atau dibuka untuk projek pembangunan tanah walaupun Pihak Berkuasa Negeri boleh berbuat sebaliknya sejajar dengan Seksyen 11, Akta Perhutanan Negara 1984. - Gambar hiasan
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Larangan pendakian di HSK: Penggemar aktiviti mendaki Selangor terpaksa beralih destinasi
Larangan sementara aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor, memaksa penggemar sukan terbabit dari negeri itu beralih ke destinasi lain yang berdekatan.

Lelaki ditahan bersama 22 biji durian Musang King
Lelaki berusia 42 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu ditahan atas kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit.

Durian Musang King: Operasi tidak langgar perintah mahkamah, bukan isu perkauman
Operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub tidak melanggar perintah Mahkamah Rayuan.

Kerajaan Perak akui 6 kuari dibenar beroperasi di Hutan Simpan Kekal Segari Melintang
Secara keseluruhan pihaknya mengesan 52 kesalahan pelanggaran syarat dilakukan enam kuari itu serta tiga lagi kuari di kawasan persendirian di daerah ini.

Pemulihan Tasik Chini dalam perancangan kerajaan Pahang
Menyedari potensi dan kepentingan Tasik Chini sama ada dalam aspek pelancongan atau sebagai khazanah negara, kerajaan negeri Pahang merancang pelbagai inisiatif untuk mengembalikan kegemilannya.

JPNK nasihat Orang Asli jangan bina sekatan pembalakan
Mana-mana pihak khususnya Orang Asli yang membina sekatan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) boleh dikenakan tindakan kerana ia menyalahi Enakmen Perhutanan Negara 1984.

Semua pihak perlu lindungi Hutan Simpan Kekal - Wan Junaidi
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata aktiviti pembangunan tanah yang melibatkan HSK patut diberhentikan serta-merta bagi mengekalkan peranan serta sumbangan HSK.