KUALA LUMPUR: Tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) terlibat dalam insiden rempuhan di Mina, yang dilaporkan mengorbankan lebih jemaah haji setakat ini.
Pengarah Projek MMMSL, Khairani Mohamed berkata terdapat 440 rakyat Malaysia yang kebanyakannya staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas dalam operasi MMMSL.
"Semua staf kami selamat. Bagaimanapun, kami akan memantau dan meningkatkan kawalan di stesen-stesen untuk menjamin keselamatan para jemaah yang menggunakan perkhidmatan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Insiden rempuhan Mina: Apa yang kita tahu setakat ini?
Menurut Direktorat Am Pertahanan Awam Arab Saudi, setakat ini 717 jemaah maut dan 863 lagi cedera
dalam insiden di kawasan perkhemahan negara-negara Arab di Mina.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media berhubung perkara itu berkata tiada jemaah Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini.
Bernama
Thu Sep 24 2015

Insiden rempuhan itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi (waktu tempatan) ketika jemaah haji sedang melakukan ibadah melontar di Jamrah hari ini. - Sumber Foto Jabatan Pertahanan Awam Saudi
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Prasarana akan buat laporan kepada SPRM, SSM mengenai projek di Arab Saudi
Prasarana akan membuat laporan kepada SPRM dan SSM berhubung projek MMMSL di Arab Saudi yang mengakibatkan Prasarana menanggung jumlah kerugian teraudit bernilai 417 juta riyal Saudi (RM500 juta).

Perkhidmatan rel MMMSL bakal dimanfaatkan ratusan ribu jemaah
Perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) bakal memberi khidmat kepada ratusan ribu jemaah haji di Mekah.

Prasarana jangka operasi Makkah Metro meningkat musim haji depan
Dengan menggunakan 15 set tren 12 gerabak, MMMSL mampu membawa sehingga 3,500 penumpang pada satu masa sepanjang laluan 18.1 kilometer yang menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Aktiviti kawalan penumpang akan dipertingkatkan di stesen Al Mashaaer Makkah Metro
Perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) akan dipertingkatkan melalui aktiviti kawalan penumpang di kawasan stesen.

Semua staf Al Mashaaer Makkah Metro dari M'sia selamat - MMMSL
Tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line terlibat dalam insiden rempuhan di Mina, yang dilaporkan mengorbankan lebih jemaah haji.