Pelakon dan pelawak terkenal Seniman S. Shamsuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.
"Kira-kira jam 11 pagi arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kini jenazah arwah masih berada di Hospital Universiti Singapura.
"Arwah akan dikebumikan esok pada jam 11 pagi di Pusara Abadi, Singapura," jelas Husin Saaban seorang rakan artis arwah di Singapura.
Shamsuddin atau Sahamsudin bin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Bapa beliau, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibu beliau, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang Singapura.
S. Shamsuddin kemudiaannya berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak hasil dari perkahwinan mereka.
S. Shamsuddin atau Sudin melakukan pelbagai pekerjaan kasar untuk membantu keluarga beliau sebelum menceburi dunia perfileman.
Antara lakonannya yang berjaya mencuit hati ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok serta lakonan lain beliau adalah Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.
Sementara itu, pengguna Twitter turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian seniman itu yang telah banyak berjasa dalam industri hiburan tanah air.
Pengguna Facebook turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian seniman tanah air itu.
"Al-Fatihah buat pelawak legenda ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh," ujar Saharom Abdul Aziz.
Hazlynn A Ghani menulis "Innalillahi Wa innalillahi Rajiuun.. Al-Fateha buat seniman S Samsudin. Salam takziah buat keluarga Arwah Pak Sudin."
Manakala Oyie Imin Halim menulis "Innalillah. Semoga roh ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman."
Astro Awani
Tue Jun 04 2013
Arwah S. Shamsudin (kanan) sering berlakon disamping Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
Kebakaran Los Angeles: Jennifer Garner jadi sukarelawan, sedih hilang rakan, lihat kemusnahan
AKTRES Jennifer Garner melahirkan rasa dukacita dan bersedih melihat bencana kebakaran hutan di Los Angeles yang turut mengorban sahabatnya dan memusnahkan ribuan kediaman penduduk.
60 rumah atas air musnah dalam kebakaran besar
Lebih 60 rumah termasuk sebuah masjid di penempatan setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Sri Aman dua, di Tawau, hari ini.
Amaran angin kencang memburukkan keadaan
Susulan amaran angin kencang sehingga 70 batu sejam, bantuan udara telah dikerahkan untuk menjatuhkan air dan bahan penahan api di kawasan bukit curam bagi mengawal penularan kebakaran hutan Palisades di Los Angeles pada Sabtu.
Malam paling sejuk di UK dalam tempoh 15 tahun
United Kingdom (UK) merekodkan malam Januari paling sejuk dalam tempoh 15 tahun, dengan suhu dijangka jatuh serendah -20 darjah Celsius di beberapa lokasi antaranya, Altnaharra di Sutherland.
Israel terus halang bantuan penting ke utara Gaza - PBB
Serangan yang sama turut mengorbankan sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak, apabile tentera Israel mengebom sekolah Zainab al-Wazir yang dijadikan pusat perlindungan pelarian Palestin di Jabalia, utara Gaza.
Apple tegas kekalkan program kepelbagaian
Lembaga pengarah Apple mencadangkan agar pemegang saham menolak usul untuk menghapuskan program Kepelbagaian, Ekuiti, dan Inklusi (DEI), menurut dokumen yang difailkan syarikat itu.
Cadangan tersebut, dikemukakan oleh Pusat Kebangsaan bagi Dasar Awam, sebuah kumpulan pemikir konservatif, meminta Apple membubarkan semua inisiatif, dasar, dan jabatan berkaitan DEI.
Cadangan tersebut, dikemukakan oleh Pusat Kebangsaan bagi Dasar Awam, sebuah kumpulan pemikir konservatif, meminta Apple membubarkan semua inisiatif, dasar, dan jabatan berkaitan DEI.
'Memang senang nak salahkan FAM' - Tunku Mahkota Ismail
PEMBANGUNAN bola sepak akar umbi seharusnya menjadi tanggungjawab setiap kelab dalam memastikan kelancaran proses melahirkan lebih ramai pemain tempatan pada masa depan.
WEF sahkan Anwar sertai Mesyuarat Tahunan 2025 di Davos
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
[TERKINI] Hujan lebat berterusan dijangka di Rompin, 7 daerah Johor hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya yang diramalkan berlaku di Rompin, Pahang dan beberapa daerah di Johor hari ini.
Penyanyi 'Rasathi Unna Kanatha Nenju', P Jayachandran meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sepanjang kariernya, Jayachandran merakamkan lebih daripada 16,000 lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Malayalam, Tamil, Telugu, Kannada dan Hindi.
Bayi empat bulan meninggal dunia di taska
Bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.
Wanita maut jatuh bangunan
Mangsa berusia 47 tahun dipercayai terjatuh dari aras yang tinggi sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.
Pengasas parti sayap kanan Perancis Jean-Marie Le Pen meninggal dunia
Pengasas parti sayap kanan Perancis National Front, Jean-Marie Le Pen, meninggal dunia pada Selasa di Perancis pada usia 96 tahun.
Bekas PM Greece Simitis meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri Greece Konstantinos Simitis, yang dikenali sebagai perintis dalam membawa negara Eropah Tenggara itu menyertai zon euro meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Demi RM3,250, pempengaruh muda maut sahut cabaran minum arak
Pempengaruh terkenal dari Thailand, Bank Leicester dilaporkan maut selepas melakukan cabaran meminum tiga botol alkohol dalam sebuah pesta yang diadakan pada 25 Disember lalu.
Penunggang motosikal meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa
Mangsa berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.42 petang di hospital berkenaan.
Individu tertua dunia, Itooka dari Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Seorang wanita Jepun yang dipercayai individu tertua di dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 116 tahun.
Lelaki maut selepas rumah didiami runtuh
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.05 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak.
Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.