Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan dengan SRC International.

Individua kedua yang dipercayai berpangkat Datuk hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Putrajaya di sini selepas ditangkap pada Rabu berhubung siasatan tersebut.

Individu tersebut ditahan pada petang Selasa di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Siasatan ke atas lelaki ini dijalankan mengikut Akta SPRM 2009.

Semalam, seorang pengarah syarikat telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan bagi membantu siasatan berkaitan SRC International.

Suspek berusia 39 tahun tersebut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira jam 1 petang pada Isnin.

Pasukan petugas khas yang sedang menyiasat skandal kewangan dianggotai pegawai dari Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia.