D'Virtual Park di Jalan Meranek di sini yang juga taman tema realiti maya (VR) pertama di Borneo dengan kos bernilai RM13 juta, kini dibuka kepada orang ramai namun dengan kapasiti yang dikurangkan.
Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Group Bhd, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata langkah itu sejajar dengan pelaksanaan prosedur keselamatan dan kesihatan ditetapkan kerajaan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Jumlah pengunjung dikurangkan secara ketara daripada yang kita jangkakan sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Bagaimana pun, kami akan membukanya semula dengan pelaksanakan langkah keselamatan dan kesihatan baharu untuk pengunjung," katanya dalam sesi bersama media di taman itu, malam tadi.
Mengikut prosedur terbabit, para pengunjung disyaratkan memakai penutup hidung dan mulut apabila memasuki premis serta mengamalkan penjarakan sosial manakala kakitangan taman akan bertindak mengendalikan orang ramai bagi sesi menikmati perjalanan atau pengembaraan secara realiti maya, ketika beratur serta di kafe.
"Mereka perlu membuat tempahan tiket awal bagi mengelak beratur di pintu masuk dan sebelum memasuki taman. Selain itu, kod imbasan QR juga akan dilaksanakan bagi tujuan pengesanan kontak," katanya.
D-Virtual Park itu beroperasi dalam sembilan blok bangunan tiga tingkat yang menawarkan kira-kira 10 perjalanan pengembaraan hiburan secara realiti maya dengan VR Elevation D'Luxe terbukti antara yang paling popular.
Tarikan lain termasuk VR Speed Cruiser, VR Quad Squad, VR Gyrate, VR D'Battleship, VR Knight Rider, VR Giant Slide, VR Trekker, VR Gatling Gun serta Enchanted Chamber.
Orang ramai juga berpeluang menikmati pengalaman hiburan seperti eSports Centre dan skrin layar Teater Hologram yang direka khusus serta memaparkan pengalaman sinematik paling berevolusi.
Taman itu yang menyasarkan pengunjung berusia 15-45 tahun, turut menempatkan SD X Studio, SD X FabLab, SDX-Arena, GiGA Virtual-Cafe dan D-Tamu.
Ia dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020
D-Virtual Park beroperasi dalam sembilan blok bangunan tiga tingkat yang menawarkan kira-kira 10 perjalanan pengembaraan hiburan secara realiti maya. - BERNAMA
Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.
Pengawal keselamatan didakwa miliki tiga parang tanpa maksud sah
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.
Visi TMJ gamit Rob Friend lonjak bola sepak kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, teruja untuk menerokai peluang dalam usaha menaikkan martabat bola sepak kebangsaan.
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara melalui pelancaran satelit UzmaSAT-1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.
TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Lega tambahan RM100 dalam sara, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
Pengarah Majlis Bandaraya Diraja Klang didakwa terima suapan RM3,500
Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500, enam tahun lepas
Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan
Serba Dinamik buka taman tema VR pertama di Sarawak dengan kapasiti dihadkan
D'Virtual Park di Jalan Meranek di sini yang juga taman tema realiti maya (VR) pertama di Borneo dengan kos bernilai RM13 juta, kini dibuka kepada orang ramai namun dengan kapasiti yang dikurangkan.