Debat mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) antara Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua adalah peluang untuk menyerlahkan keberanian dan kejantanan masing-masing bagi mencari kebenaran berhubung isu menyelubungi syarikat pembangunan strategik itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menyatakan demikian berkata, sekiranya Pua mahu isu 1MDB diselesaikan dengan baik, beliau seharusnya menggunakan platform perdebatan itu dengan baik dan jangan berdolak-dalik.
"Kalau berani cabar maka hendaklah bayar dengan 'harga tunai' iaitu dengan keberanian, keikhlasan dan bukannya dengan cacamarbakan cabaran itu.
"Jangan bagi alasan untuk melarikan diri dan menghilang dan mencabut kejantanan yang ada," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat peringkat Jawatankuasa Tertinggi mengenai Agensi Keselamatan Sempadan di sini hari ini.
Arul Kanda pada Sabtu menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Pua tanpa sebarang syarat, dengan menarik balik syarat terdahulu untuk Pua meletakkan jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Ahmad Zahid berkata beliau percaya Arul Kanda sebagai seorang yang profesional mampu menjawab dengan baik sebarang persoalan yang bakal diajukan seterusnya memberi gambaran sebenar mengenai isu melanda 1MDB.
"Perlu cari pendekatan berbeza untuk menjernihkan fakta yang keruh dan pencerahan yang dilakukan (Arul Kanda) dapat memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku, bukan dengan memesongkan beberapa fakta yang telah dibangkitkan dahulu tetapi diulang-ulang," katanya.
"Dengan adanya perbahasan terbuka dan secara langsung, keberanian dan kejantanan harus terserlah," katanya.
Mengenai kesediaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan secara langsung debat 1MDB itu, Ahmad Zahid menyifatkan ia sebagai wajar.
"Tiada masalah kalau nak live (secara langsung)," katanya.
Pada 29 Oktober lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata RTM sedia menyiarkan debat itu secara langsung sekali gus membuktikan sikap keterbukaan kementerian berkenaan.
Bernama
Mon Nov 02 2015

AHMAD ZAHID: Kalau berani cabar maka hendaklah bayar dengan 'harga tunai' iaitu dengan keberanian, keikhlasan dan bukannya dengan cacamarbakan cabaran itu.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.