SELEPAS selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, sembilan bulan memberikan perkembangan positif.
Malah kegembiraan jelas terlihat pada klip video terbaharu yang dikongsikan ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, 24.
“Sebelum masuk ke wad biasa hari ini (semalam), sempatlah Ainul jalan-jalan dalam hospital.
“Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari sambil melihat kiri dan kanan,” luah Nurul Erwani menerusi status di Instagram (IG) miliknya.
Menurutnya, dia teruja melihat perkembangan anaknya yang berusia sembilan bulan itu selepas menjalani pembedahan Isnin lalu.
Malah perkongsian itu telah mendapat lebih 184,834 'views' sehingga jam 9.30 malam tadi dan turut membuatkan netizen terharu kerana memahami perasaan seorang ibu melihat perkembangan anaknya itu.
"Alhamdulillah syukur ya ALLAH. Berbulan Ainul menahan derita tidak dapat masukkan jari dalam mulut macam kanak-kanak lain, dan hari ini mak cik menangis melihat awak dapat lakukannya seperti kawan-kawan awak yang lain," tulis missdafnea.
"Ainul, semalam pagi, mak cik nangis tengok Ainul. Mak cik nangis gembira sebab Ainul sudah selamat dari pembedahan. Tapi petangnya, mak cik kehilangan anak makcik sebab keguguran. Doakan mak cik kuat ya Ainul. Kuat dan setabah Ainul," tulis nurulfazra.
"Alhamdulillah...Akhirnya dia dapat gigit jari macam bayi lain suka buat... Tahniah kepada semua yang terlibat... Semoga cepat sembuh dan membesar dengan sihat," tulis fahiza_a_h.
Isnin lalu, Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ itu dilaporkan stabil, tetapi masih direhatkan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya di sebuah hospital di London.
BACA: Pakar di UK sedia rawat bayi hidap kanser 'Germ Cell Tumor'
BACA: Ainul Mardhiah selamat dibedah, tumor 200 gram berjaya dibuang
BACA: Ainul Mardhiah sudah boleh bernafas sendiri - Bapa
BACA: "Hari ini saya nampak dia senyum" - Bapa Ainul
BACA: 'You are a 'superwoman', terima kasih Doktor!' - Dr Amalina Bakri trending
BACA: Utamakan pembedahan Ainul, Dr Amalina sambut Raya sederhana bersama ibu, kekasih
BACA: 'Dulu dicemuh hari ini diangkat' - PU Rahmat puji pendirian Dr Amalina
Sinar Harian
Sat Jun 15 2019
Ainul Mardhiah tunjuk perkembangan positif selepas jalani pembedahan. -Instagram
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Ainul diserang sawan: Seperti ditidurkan, hanya bola mata saja mampu digerakkan - Ibu
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.
Ainul Mardhiah terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan - Bapa
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam mulut, terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan di PICU.
Ainul Mardhiah kritikal akibat jangkitan virus, ditempatkan di PICU - Ibu
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus.
Happy Birthday... Ainul Mardhiah sambut ulang tahun pertama hari ini!
Bayi yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menyambut ulang tahun pertamanya hari ini.
Ramai bergenang air mata tengok video Ainul Mardhiah didodoi bapa
Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik video dirinya mendodoi Ainul Mardhiah yang kelihatan semakin sihat.
Tun Mahathir luangkan masa ziarah Ainul Mardhiah
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa menziarahi Ainul Mardhiah.
'Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari'
Kegembiraan jelas terlihat pada klip video terbaharu yang dikongsikan ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi.
Utamakan pembedahan Ainul, Dr Amalina sambut Raya sederhana bersama ibu, kekasih
Siap pakaikan sampin boyfriend tau!
'Dulu dicemuh hari ini diangkat' - PU Rahmat puji pendirian Dr Amalina
Semua sedia maklum Dr Amalina Bakri antara individu bertanggungjawab dalam proses pembedahan bayi sembilan bulan yang menghidap ketumbuhan di mulut, Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin.
Ainul Mardhiah sudah boleh bernafas sendiri - Bapa
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini sudah boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan yang dibuka pada malam Rabu.