MASYARAKAT di Malaysia dan juga seluruh dunia dikejutkan dengan penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar di Lautan Hindi pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).
Persoalannya, adakah penemuan serpihan daripada komponen dikenali sebagai 'flaperon' ini bakal merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu?
Apa yang yang sebenarnya ditemui? [KLIK FOTO GALERI]
KHAMIS, 6 Ogos 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion ialah daripada pesawat MH370 yang hilang.
"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370," kata Najib dalam satu sidang media tergempar awal pagi.
FOTO: Serpihan dari Pulau Reunion sah milik pesawat MH370
ISNIN, 3 Ogos 2015
Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, yang kini berada di Perancis untuk menganalisis 'flaperon' yang ditemui Rabu lepas dalam satu temuramah dengan AFP pada Ahad, berkata serpihan terbaru itu adalah daripada sebuah ‘tangga domestik’ dan bukannya pintu pesawat seperti yang dilaporkan beberapa portal berita tempatan dan antarabangsa.
Laporan itu turut memetik sebagai berkata, satu sumber yang rapat dengan pasukan khas penyiasat di Paris berkata, "tidak ada objek atau serpihan yang mungkin datang dari pesawat" telah disenaraikan sebagai bukti.
Pasukan penyiasat Malaysia tiba di Palais de Justice di Paris pada Isnin untuk berbincang dengan pegawai Perancis mengenai perkembangan terkini susulan penemuan serpihan dipercayai pesawat MH370.
AHAD, 2 Ogos 2015
Seorang pembersih pantai di Pulau Reunion, sebuah pulau yang terletak di timur Lautan Hindi mengesahkan pernah menjumpai kerusi berwarna biru tiga bulan lalu ketika sedang melakukan rutin hariannya - membersihkan kawasan pantai berkenaan.
Sebelum itu sebuah pesawat dilaporkan ditemui terdampar di kawasan pantai Pulau Reunion, berdekatan dengan Madagascar.
Objek itu bagaimanapun dijumpai di lokasi yang berbeza daripada penemuan 'flaperon' itu.
SABTU, 1 OGOS 2015:
Serpihan pesawat tiba di Paris awal pagi Sabtu untuk tujuan penyiasatan. Sumber lapangan terbang memaklumkan, serpihan sepanjang dua meter itu berlepas dari pulau tersebut pada jam 9.15 malam waktu tempatan.
Bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain menjelaskan kepada Astro Awani, apakah itu flaperon dan pentingnya siasatan ke atas serpihan yang ditemui itu dalam merungkai misteri kehilangan MH370.
Agensi berita AFP melaporkan serpihan pesawat yang ditemui adalah milik pesawat Boeing 777. Ia berdasarkan nombor yang terdapat pada serpihan berkenaan.
Sementara itu, penemuan teritip pada serpihan pesawat itu kini menjadi satu tanda tanya tentang apakah mungkin dapat membantu merungkai misteri pesawat MH370.
Objek yang dijumpai diterbangkan dari Lapangan Terbang Roland Garros di Saint-Marie, Pulau Reunion untuk dibawa ke sebuah makmal yang terletak di bandar Toulouse, Perancis.
KLIK FOTO DI SINI: MH370: Penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion, 'flaperon' tiba di makmal Perancis
Pengarah Pusat Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Zulfigar Yassin berkongsi 5 fakta penting tentang spesis teritip tersebut.
JUMAAT, 31 Julai 2015:
AFP melaporkan kisah pekerja pantai Johnny Begue dan Cedric Gobalsoumy bagaimana mereka menemui “objek yang pelik” di terdampar di Saint-Andre, pulau Reunion.
Mereka berkata objek berkenaan diliputi pasir dan mempunyai teritip di tepinya.
Pada asalnya mereka mahu membiarkan bangkai itu di tepi jalan sebelum mereka menghubungi pihak polis setelah salah satu rakan setugas mereka selidik tentang nahas pesawat dan membaca tentang MH370.
KHAMIS, 30 Julai 2015:
Serpihan sepanjang dua meter itu yang kelihatan seperti bahagian sayap atau flaperon ditemui penduduk tempatan ketika kerja-kerja pembersihan pantai dijalankan dan mempunyai nombor kod.
Seorang penduduk tempatan kemudian menghantar beberapa keping gambar kepada seorang pakar bidang keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman.
Dia percaya ia bermungkinan serpihan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines berdasarkan bentuk serpihan berkenaan yang sama dengan pesawat MH370, Boeing 777.
“Kod berkenaan bukan nombor plat pendaftaran, juga bukan nombor siri, bagaimanapun nombor rujukan itu akan memudahkan ia dikenalpasti.
“Dalam beberapa hari, kita akan mendapatkan jawapannya,” katanya seperti dipetik agensi berita AFP.
Nombor yang tertera pada serpihan itu adalah 'BB670.'
Siapa yang akan menguruskan siasatan?
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata Malaysia akan menguruskan siasatan dengan bantuan syarikat Boeing, Pejabat Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis, BEA, Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
Bila keputusan hasil siasatan dapat diketahui?
SABTU, 1 Ogos 2015:
Serpihan bahagian sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi tiba di Perancis pada awal pagi Sabtu untuk tujuan penyiasatan. Sumber lapangan terbang memaklumkan, serpihan sepanjang dua meter itu berlepas dari pulau tersebut pada jam 9.15 malam waktu tempatan.
Syarikat pembuat pesawat, Boeing pula beritahu Astro Awani, pihaknya sedia bekerjasama dalam siasatan berhubung penemuan serpihan sayap pesawat yang berkemungkinan besar datang dari pesawat MH370.
Boeing dilaporkan akan menghantar satu pasukan teknikal ke Perancis setelah terdapat permintaan daripada pasukan penyiasat untuk mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion pada Khamis lalu.
"Atas permintaan pihak berkuasa penerbangan awam, Boeing akan menghantar satu pasukan teknikal untuk membantu dalam menganalisis bahagian yang dijumpai di Pulau Reunion," ulas jurucakap Boeing Commercial Airplanes ketika diminta mengesahkan tentang pasukan itu.
31 Julai 2015:
Martin Dolan, dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Sydney, Australia menjangkakan keputusan pengesahan serpihan akan diketahui dalam tempoh masa 24 jam
“Kami sedang bekerjasama dengan pihak Perancis dan Malaysia untuk menganalisis kesemua maklumat, namun tiada lagi apa-apa keputusan muktamad dan kami berharap dalam sedikit masa lagi, kami boleh mendapat keputusannya dalam masa 24 jam,” kata Dolan kepada AFP.
KHAMIS, 30 Julai 2015:
Teka-teki mengenai status serpihan sayap pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion dijangka boleh diketahui dalam tempoh 72 jam.
Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain, andaian itu dibuat berdasarkan kebiasaannya itu adalah prosedur siasatan oleh badan siasatan antarabangsa.
Apa kata pihak berkuasa?
SABTU, 1 Ogos 2015:
Menteri Pertahanan Perancis memberi jaminan untuk terus memberi sokongan kepada Malaysia dalam siasatan berhubung serpihan sayap pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion, berdekatan Madagascar baru-baru ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau telah menghubungi rakan sejawatnya di Perancis, Jean-Yves Le Drian dan menegaskan serpihan sayap tersebut akan dihantar ke Makmal Teknikal Aeronautik DGA di Balma, timur Toulouse, Perancis.
Boeing dilaporkan akan menghantar satu pasukan teknikal ke Perancis setelah terdapat permintaan daripada pasukan penyiasat untuk mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion pada Khamis lalu.
"Atas permintaan pihak berkuasa penerbangan awam, Boeing akan menghantar satu pasukan teknikal untuk membantu dalam menganalisis bahagian yang dijumpai di Pulau Reunion," ulas jurucakap Boeing Commercial Airplanes kepada Astro AWANI ketika diminta mengesahkan tentang pasukan itu.
JUMAAT, 31 Julai 2015:
Timbalan Menteri Pengangkutan, Ab Aziz Kaprawi berkata misteri nasib pesawat penerbangan MH370 yang hilang sejak lebih 500 hari lalu kini hampir pasti terungkai selepas serpihan pesawat yang ditemui di Lautan Hindi disahkan milik sebuah pesawat jenis Boeing 777.
"Saya percaya kita semakin hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini mungkin bukti yang meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi," kata Ab Aziz Kaprawi kepada agensi berita AFP.
Terdahulu, Ketua Komisioner Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan berkata pihaknya ‘berkeyakinan tinggi’ sisa pesawat yang dijumpai adalah dari pesawat MH370.
KHAMIS, 30 Julai 2015:
Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu.
Bercakap di New York, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan boleh dibuat.
Dalam satu kenyataan pagi tadi, Malaysia Airlines memaklumkan masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan tersebut dengan pesawat MH370.
"Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini," kata MAS dalam kenyataan media di sini.
Penganalisis penerbangan CNN dan bekas Ketua Inspektor di Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, Mary Schiavo berkata pesawat dicetak dengan pelbagai nombor siri bagi tujuan mengenal pasti bahagian-bahagian yang akan dikenal pasti dan dipadankan dengan model dan pesawat tertentu.
"Jika nombor bahagian yang dicop pada pesawat masih ada, (pihak berkuasa) cuma perlu membuat panggilan telefon kepada Boeing atau indeks bahagian untuk melihat jika ia tergolong dalam pesawat Boeing 777. Dan jika ia tergolong dalam Boeing 777, ia adalah MH370,” kata beliau.
Portal CNN.com turut melaporkan bahawa pihak Boeing sedang menjalankan penilaian awal daripada serpihan dengan menggunakan gambar-gambar yang ada.
Sumber itu menegaskan bahawa pemerhatian masih dalam peringkat permulaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi bahawa bahagian sayap yang dijumpai awal hari ini merupakan sebahagian serpihan pesawat MH370.
Mengapa pengesahan serpihan ditemui adalah milik Boeing 777 penting dalam konteks misteri MH370?
Terdapat beberapa insiden melibatkan Boeing-777 direkodkan sejak pesawat ini mula-mula digunakan pada 1994. Daripada semua insiden-insiden ini, hanya lima yang berakhir dengan pesawat terbabit dianggap dilupuskan, juga dikenali sebagai 'hull loss'.
Daripada lima insiden itu, hanya satu kes direkodkan yang melibatkan pesawat Boeing-77 hilang di kawasan lautan.
Apa kata Netizen?
KHAMIS, 30 Julai 2015:
Antara status yang mendapat perhatian adalah daripada Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari.
Maira lebih selesa untuk tidak meletakkan harapan tinggi dan mengambil langkah tunggu dan lihat.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut tweet susulan penemuan sepihan itu.
Hishammuddin merupakan pemangku Menteri Pengangkutan ketika insiden MH370 itu berlaku tahun lepas.
Misi mencari MH370 tetap diteruskan
SABTU, 1 OGOS 2015:
Kapal Fugro Discovery dijangka menyambung semula kerja-kerja pencarian pesawat malang MH370 bermula 12 Ogos ini.
Pusat penyelarasan agensi bersama (JACC) dalam satu kenyataan memaklumkan kapal berkenaan akan meneruskan sesi latihan bersama krew penyelamat baharu selama dua hari sebelum ke lokasi pencarian semula.
Astro Awani
Wed Aug 05 2015
Malaysia dan juga seluruh dunia dikejutkan dengan penemuan bangkai pesawat di Pulau La Reunion. Apa yang kita tahu setakat ini?
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Kerajaan jimat hampir RM1 juta untuk sewa penerbangan khas
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa
Lari dari pemeriksaan polis hingga memandu melawan arus menjadi punca lapan individu maut dalam nahas di kilometer 448 Jalan Betong, Sarikei, Meradong pada petang Khamis.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Boeing bakal berhentikan 2,500 pekerja di AS
Langkah pemecatan itu dikatakan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 17,000 tenaga kerja global.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok
IAM pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.
Boeing pertimbang untuk jual perniagaan aeroangkasa
Disebabkan keadaan syarikat semasa, kini Boeing melihat untuk keluar daripada perniagaan tersebut, dan ingin menjualnya.
Mogok: Boeing tingkatkan tawaran gaji dan bonus
Boeing umum rancangan menyelesaikan mogok oleh kesatuan pekerja terbesarnya dengan tawaran baharu kenaikan gaji dan bonus.
Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur
Menurut laporan, pesawat itu telah menyelesaikan penerbangan selama lebih lima jam dari Hawaii sebelum masalah itu ditemui.
Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX
Pertimbangan dibuat jika Starliner masih dianggap tidak selamat untuk kembali ke bumi.
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.