Kementerian Pengangkutan Malaysia mengesahkan serpihan yang disyaki pesawat yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat, ke selatan Thailand, Ahad lalu bukan milik pesawat MH370.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata pasukan pakar dari Malaysia mengesahkan nombor bahagian pemasangan, nombor ikatan wayar dan nombor bahagian bolt tidak sepadan dengan pesawat jenis boeing 777.
Tambahnya, terdapat beberapa nombor yang dikesan di beberapa bahagian lain serpihan itu juga tidak tersenarai dalam manual katalog ilustrasi bahagian MAS B-777.
Pasukan pakar membabitkan tiga agensi termasuk kementeriannya, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa serpihan itu bukan milik B777 9M-MRO pesawat MH370.
BACA: Serpihan logam adalah dari roket, bukan pesawat, kata firma Jepun
BACA: Tidak mungkin serpihan di Thailand milik MH370 - Pakar penerbangan
BACA: Bot sonar pencari MH370 karam berlanggar gunung berapi dasar laut
Kementerian Pengangkutan turut melahirkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan Thailand dan pihak berkuasa penerbangan awam Thailand kerana tindakan pantas serta sokongan mereka dalam proses mengenalpasti itu.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pada 29 Januari tahun lepas, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.
Astro Awani
Tue Jan 26 2016
Serpihan bangkai yang dipercayai pesawat itu ditemui di pantai wilayah Nakhon Si Thammarat pada jam 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia), pada Ahad. - Gambar Fail
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa
Malaysia sentiasa komited memberi sokongan penuh untuk membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.
PKP 2.0: Pemilik kenderaan perdagangan tidak perlu surat kelulusan MOT
Pemilik kenderaan perdagangan tidak disyaratkan untuk mendapatkan surat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat
Tren yang terlibat sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang.
Berdosa jika tidak patuhi peraturan jalan raya - Mufti
Kewajipan itu terpakai kerana mentaati pemerintah selama mana sesuatu arahan yang dikeluarkan dari pihak pemerintah tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.
DCA belum dapat sahkan serpihan pesawat ditemui di Mauritius milik MH370
Pengesahan hanya dapat dibuat selepas ujian terperinci dan analisis dilakukan terhadap serpihan itu.
Kerajaan Malaysia belanja RM280.5 juta misi pencarian MH370 sehingga Februari
Bagi tempoh itu juga, operasi pencarian pesawat itu dilaksanakan di kawasan seluas 86,752 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Serpihan pesawat disyaki MH370 ditemui di Mozambique tiba untuk dianalisa - Liow
Serpihan berkenaan tiba pagi tadi bersama pasukan penyiasat terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS serta pasukan penyiasat khas MH370.
MH370: Pasukan penyiasat Malaysia kini berada di Mozambique - Liow
Pasukan itu akan mengadakan perjumpaan dengan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Mozambique esok untuk memutuskan sama ada untuk menganalisa serpihan yang ditemui di Australia atau Malaysia.
MH370: Ramai waris tragedi cari jalan penyelesaian berunding dengan MAS - Liow
Ahli keluarga mangsa yang ingin membuat dakwaan ke mahkamah, masih boleh berbuat demikian selewat-lewatnya 8 Mac depan.
Serpihan pesawat di Thailand bukan dari MH370 - Liow Tiong Lai
Kementerian Pengangkutan Malaysia mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat, ke selatan Thailand, Ahad lalu bukan milik pesawat MH370.