Datuk Shabudin Yahaya kekal sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selepas mahkamah menolak petisyen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang difailkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya.

Pada 12 Jun lalu, Marzuki yang juga Pengerusi Bersatu Pulau Pinang memfailkan petisyen itu dengan menamakan Shabudin yang memenangi kawasan itu sebagai responden pertama.

Turut dinamakan, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun bagi Bahagian Pilihan Raya P042 Tasek Gelugor sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden ketiga.

Dalam permohonannya, Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar turut memohon agar pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Tasek Gelugor diadakan.

Selain itu, beliau turut memohon pengiraan undi dibuat semula berikutan dalam Perkara Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, calon berhak untuk meminta kiraan semula apabila keputusan itu hanya terdapat perbezaan kurang daripada empat peratus.

BERITA LANJUT MENYUSUL