Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilihat tidak perlu meminta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP, Tony Pua untuk berundur daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas dakwaan konflik kepentingan kerana pelbagai kritikan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun kata Pua yang juga ahli PAC, Muhammad Shafee perlu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bercuti semasa siasatan 1MDB dijalankan.
"Jika Muhammad Shafee minta saya berundur, saya juga berharap dia minta Najib sebagai Menteri Kewangan untuk bercuti sepanjang siasatan 1MDB dijalankan.
"Setiap urusan 1MDB mengandungi 'keizinan bertulis' Najib," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
BACA: Saman fitnah isu 1MDB: Mahkamah dengar 24 Julai permohonan Najib
Sebelum ini, Najib memfailkan permohonan untuk memadamkan beberapa perenggan dalam afidavit sokongan yang difailkan Pua dalam saman fitnah berhubung isu 1MDB.
Pua menjelaskan, seandainya kenyataannya sebelum ini tidak berasas, pasti ahli Parlimen Barisan Nasional akan mencemuhnya di dalam mesyuarat PAC.
"Lebih teruk lagi, keseluruhan prosiding direkodkan setiap patah perkataan dan akan diterbitkan dalam laporan yang akan dibentangkan di Parlimen dan boleh diperolehi orang awam.
"Jika 1MDB berjaya membuktikan saya bodoh, kebodohan saya akan terpahat dalam sejarah," kata Pua.
Pua turut membidas kenyataan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad yang dilihat satu pendapat dengan Mohammad Shafee.
"Dia (Shahrir) menghapuskan kepercayaan saya kepadanya. Jelas jika saya tahu terlalu banyak tentang 1MDB, sudah tentu saya perlu turut serta dalam pasukan siasatan," katanya.
Sebelum ini Shahrir menggesa Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed agar mempertimbangkan cadangan Shafee dengan alasan 'Pua tahu terlalu banyak tentang 1MDB'.
Astro Awani
Fri Jun 26 2015
TONY PUA: 'Shafee perlu minta Najib cuti, bukan saya yang berundur dari PAC' - Tony Pua
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.