Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim perlu hadir di Mahkamah Sesyen Kangar Isnin ini untuk menghadapi pertuduhan bersabit kes mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini.
Peguambela yang mewakili Shahidan, Zuhair Ahmad Zakuan berkata keputusan itu bermakna waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas menteri itu hari ini tidak ditarik balik.
"Kami membuat permohonan kepada Ketua Pendakwa Raya Perlis Mohd Nordin Ismail yang mengedalikan kes itu tetapi beliau menolaknya. Ini bermakna Shahidan perlu hadir untuk mendengar pertuduhan terhadapnya Isnin ini," kata Zuhair kepada pemberita di luar Mahkamah Sesyen, tengah hari ini.
Menurut Zuhair, keputusan tidak menarik balik waran itu dimaklumkan oleh Ketua Pendakwa Raya Perlis, Mohd Nordin Ismail kepada Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad yang kemudiannya memaklumkan kepada beliau.
Zuhair dibantu oleh Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiah Ramli.
Sebelum itu, Hakim Mahkamah Sesyen tersebut Johari Hassan mengeluarkan waran tangkap yang dimohon oleh Mohd Nordin terhadap Shahidan kerana gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan hari ini dipercayai mengenai kes mencabul.
Syed Muhamad Anwar membantah pengeluaran waran tangkap tersebut kerana anak guamnya dan beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai pertuduhan itu lebih awal dan hanya mendapat tahu mengenainya di mahkamah pagi ini.
Bernama difahamkan Shahidan telah sampai ke Malaysia hari ini selepas mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Baru-baru ini tular dakwaan Shahidan mencabul seorang gadis berusia 15 tahun 11 bulan yang merupakan anggota kumpulan buskers yang ditaja oleh beliau.
Shahidan bagaimanapun menafikan tuduhan yang didakwa berlaku pada 21 Okt lepas, malah laporan polis terhadapnya oleh remaja itu telah ditarik balik.
Bapa remaja itu turut menyatakan bahawa perkara itu telah diselesaikan secara baik dan keluarga mereka anggap tidak ada apa yang perlu dihebohkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 09 2018

Keputusan itu bermakna waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Shahidan tidak ditarik balik. -Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Penganggur, penuntut kolej ditahan rogol gadis bawah umur hingga hamil
Penuntut berusia 18 tahun dan seorang penganggur berusia 20 tahun tersebut ditahan di dua lokasi berasingan pada Ahad dan Isnin lalu.

Lima sahabat mengaku tidak bersalah rogol, lakukan amang seksual terhadap gadis bawah umur
Lima sahabat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis berusia 15 tahun.

Rakam aksi cabul gadis bawah umur, pemilik laman web lucah berbayar dicekup polis
Portal berita Bangkok Post melaporkan, sewaktu mencabul budak perempuan itu, suspek telah merakam aksi tersebut secara tersembunyi.

Suspek kes pemerdagangan manusia gantung diri dalam penjara
Epstein, 66, dipercayai menggantung diri sebelum mayatnya ditemukan pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu.

Shahidan Kassim perlu hadir ke mahkamah Isnin ini
Keputusan itu bermakna waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas menteri itu hari ini tidak ditarik balik.

Gadis 14 tahun lima kali diperkosa rakan WhatsApp yang baru 5 bulan berkenalan
Sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Samariang, dekat sini.

Lima remaja lelaki tidak mengaku bersalah rogol gadis 14 tahun
Lima remaja lelaki termasuk seorang juvana mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan merogol gadis bawah umur, September lepas.
3 sahabat mengaku tidak bersalah rogol gadis
Mereka yang semuanya beralamat di Kampung Baroh dekat sini dituduh secara berasingan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.