"Jangan buat andaian mahupun tanggapan buruk susulan keputusan kerajaan untuk mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)."
Itu tegas Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang yakin kajian itu akan memperincikan tentang kekurangan peranan jabatan itu sekali gus akan memperbaiknya agar badan itu lebih lancar dan efisien.
"Kita jangan cepat melatah. Apa yang Tun Dr Mahathir katakan ialah untuk mengkaji semula, dia tidak pernah kata untuk menghapuskannya.
"Apabila kita kaji semula sesuatu perkara itu menunjukan kita mungkin nampak lompong yang perlu diperbaik," kata Ahmad Zaharuddin Sani.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Bakul Ramadan 2018 IPDM di Taman Melati fasa 2 di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar.
Dalam majlis itu, seramai 40 keluarga kurang berkemampuan terpilih untuk menerima sumbangan berbentuk makanan asas.
Pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, Rabu lalu, Tun Mahathir berkata peranan JAKIM akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuwan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan berkenaan.
Langkah berkenaan diambil bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dahulu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) agar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka kepada kaum lain, Ahmad Zaharuddin Sani meminta agar badan itu tidak menceroboh 'bilik' orang lain.
"Kepada Hindraf, analoginya jika kita bina sebuah rumah, rumah itu sudah ada bilik-bilik yang tertentu yang telah termaktub milik siapa.
"(Oleh itu, jangan sesekali kita menceroboh bilik orang lain, kita jaga sendiri bilik kita. Mana kawasan yang kita berkongsi bersama -- ruang dapur, ruang tamu, kita berkongsi bersama -- tapi hal yang melibatkan status bilik sesuatu yang telah diberikan status kaum tertentu jangan diusik," katanya lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jun 02 2018
AHMAD ZAHARUDDIN SANI: Kita jangan cepat melatah. Apa yang Tun Dr Mahathir katakan ialah untuk mengkaji semula, dia tidak pernah kata untuk menghapuskannya. -Foto vifa.info
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Anwar perlu adil kepada semua parti untuk kekal jadi PM - Penganalisis politik
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak boleh mengambil sikap memberi keutamaan kepada UMNO biarpun parti itu dilihat lebih dominan berbanding parti lain.
Kabinet bayangan tak perlu gaji khas, cukup dengan elaun jadi wakil rakyat - Penganalisis politik
Dibayar atau tidak, pembangkang tetap berperanan jadi penyemak imbang kerajaan.
Lepas pilihan raya, wakil rakyat bukan lagi wakil parti - Penganalisis politik
Wakil rakyat tak boleh meletakkan dirinya sebagai partisan lagi dan harus bekerja semata-mata untuk rakyat.
PRU15: Pertembungan 'gergasi' tak wajar hasilkan tawaran biasa-biasa - Penganalisis
Beliau harap idea-idea besar akan menjadi taruhan dan disuntik ke dalam isu-isu tempatan yang mahu dijuarai calon bertanding.
Siapa kata kajian semula Jakim untuk mansuhkannya? - Pengarah IPDM
Apabila kita kaji semula sesuatu perkara itu menunjukan kita mungkin nampak lompong yang perlu diperbaik, kata Ahmad Zaharuddin Sani.
Kaji semula Jakim, umat Islam jangan melatah - Pengarah IPDM
Rakyat sepatutnya membantu kerajaan dengan membina Malaysia baharu dan tidak sentiasa mengkritik.