Institut Automotif Malaysia (MAI) telah mengutuk laporan portal kereta popular, Jalopnik, yang telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara kedua paling mahal untuk membeli kereta.
Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Mohamad Madani Sahari berkata laporan itu tidak adil kerana perbandingan dibuat hanya berdasarkan satu model kereta iaitu Scion Fr-S.
"Adalah tidak adil untuk membuat perbandingan berdasarkan hanya satu model kereta. Model kereta yang diperbandingkan pula adalah kereta sports mewah yang sasarannya bukan kepada pembeli biasa," katanya kepada Astro AWANI.
Mohamad Madani turut mempertahankan harga kereta buatan tempatan, dengan mengatakan harganya adalah antara yang termurah di Asia.
"MAI telah menjalankan satu tinjauan untuk membuat perbandingan harga kereta di Asia. Kami dapati bahawa harga kereta di Singapura dan Vietnam jauh lebih tinggi dari harga kereta di Malaysia.
"Contohnya, model kereta Proton Saga SV dijual pada harga RM33,438 di Malaysia dan kereta yang sama dijual pada harga RM40,581 di Thailand, RM40,246 di Indonesia dan RM81,823 di Singapura.
"Malaysia juga adalah antara negara yang menjual Perodua Viva 660 BX dengan harga yang paling murah di kalangan negara-negara lain yang menjual kereta tersebut.
"Malah kereta mewah seperti Volkswagen Golf, Honda Accord, Toyota Camry dan BMW 740Li, dijual dengan harga yang lebih tinggi di negara lain terutamanya di Thailand dan Vietnam berbanding di Malaysia.
Mohamad Madani berkata kos untuk menyelenggara kereta termasuk penggunaan petrol adalah murah di Malaysia berbanding negara lain.
"Harga minyak di Malaysia, selain daripada Brunei, adalah antara yang termurah di Asia. Malah, negara pengeluar minyak seperti Indonesia menjual minyak pada harga RM4.00 seliter berbanding RM2.10 seliter di Malaysia.
“Premium insurans dan cukai jalan di Malaysia juga mempunyai antara harga yang paling kompetitif di rantau ini," katanya.
Jalopnik, dalam artikel bertajuk ‘10 Tempat Paling Mahal Untuk Membeli Kereta' menyenaraikan Malaysia sebagai tempat kedua paling mahal di dunia untuk membeli kereta, selepas Singapura.
Selain itu, satu kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah akhbar tempatan yang membuat perbandindan harga kereta di beberapa laman web pengeluar kereta, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membayar sehingga dua kali apa yang pengguna Amerika bayar untuk kereta yang sama di Amerika.
T K Letchumy Tamboo
Fri Oct 11 2013
Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.
Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merugut, beri alasan
Pasukan perseorangan wanita negara terus dicengkam kesuraman berpanjangan dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky sukar untuk menyembunyikan penilaiannya terhadap pemain.
Gadis hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat di masjid
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu berjaya ditemui selamat di sebuah masjid di Ampang Jaya, awal pagi tadi.
Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan
Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, Nibong Tebal pada 10 Januari lepas.
[TERKINI] Polis menahan pengasuh Taska dipercayai kaitan kematian bayi lelaki
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Akmalrizal Radzi bagaimanapun berkata wanita warga tempatan berusia awal 30-an itu telah dilepaskan dengan jaminan polis.
Jangan sentuh ubur-ubur api terdampar
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak menyentuh kehadiran ratusan ubur-ubur api yang kini terdampar di Pantai Rhu Muda, Marang.
Air pasang besar sebabkan penduduk terpaksa pindah
Fenomena air pasang besar mengakibatkan 16 mangsa membabitkan lima keluarga di Kemaman, Terengganu terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Penduduk terjejas di Johor catat 3,455 orang
Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor menurun ke 3,455 orang berbanding 3,471 orang, pagi tadi.
Protes antiperang, penunjuk perasaan Israel bertempur dengan polis
Puluhan penunjuk perasaan Israel bertempur dengan anggota polis dalam protes antiperang di Tel Aviv pada Sabtu.
Lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan
Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di sini malam tadi, selamat dikebumikan.
Siapa kata kereta di Malaysia mahal?
Institut Automotif Malaysia (MAI) telah menafikan laporan oleh portal berita popular, Jalopnik yang meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling mahal untuk membeli sebuah kereta di dunia.