Artikel mengenai Jho Low atau nama sebenarnya Taek Jho Low di NYT turut mengeluarkan artikel berbahasa Melayu.
Persoalannya sekarang adalah siapa Jho Low dan kenapa namanya disebut-sebut di media antarabangsa termuka itu?
Dari situ, dalam laporan tersebut timbul spekulasi tentang dari manakah sumber kewangan Jho datang.
Hartawan Jho Low bersama artis Hollywood, Alicia Keys di satu acara di luar negara. - Sumber Foto Facebook Jho Low
Secara ringkas, Jho Low membuat beberapa pembelian hartanah yang bernilai berjuta US Dollar di AS dan New York Times sedang membuat satu siri projek siasatan mengenai mereka yang membuat pembelian kediaman mewah dengan ‘duit tersembunyi’.
Jhow
NYT turut
Walaupun sebahagian besar wang asing ini datang dari sumber yang sah, NYT mendapati beberapa warga asing yang memiliki unit kondo itu menjadi subjek dalam beberapa penyiasatan kerajaan.
NYT turut mendapati pembelian secara rahsia telah dilakukan oleh lebih setengah daripada pembeli-pembeli unit kediaman mewah dengan menggunakan tabung amanah atau jenis syarikat lain.
Mereka yang membeli secara rahsia ini tidak memilih untuk menggunakan nama mereka sendiri.
Jho Low dikatakan terlibat dengan Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian sebuah unit kondo mewah di bangunan The Warner Center yang bernilai RM 117 juta di tengah-tengah bandar New York.
Berdasarkan laporan NYT, sebelum ini Jho Low mula menolong beberapa kumpulan keluarga mewah seperti anak keturuan diraja negara Timur Tengah untuk mendapatkan duit mereka semula ketika dia masih berada di kolej.
Riza Aziz didakwa turut terlibat dalam kumpulan ini, lapor NYT.
Jho Low kemudiannya mendakwa tindakannya itu sebagai satu tindakan sebagai seorang pelabur.
Pada masa yang sama, Riza juga berkata dirinya kaya secara peribadinya, lapor NYT.
Dalam siri siasatan NYT itu turut memaparkan artikel mengenai ahli-ahli politik di Mexico dan ahli perniagaan kontroversi India.