Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur adalah langkah yang sia-sia.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Dr Mahathir juga tidak layak untuk mendesak Najib berundur selepas mendapat mandat demokratik daripada rakyat dan ahli UMNO sendiri selama ini.
"Kami juga berpendirian bahawa gandingan kekok Dr Mahahir dan Lim Kit Siang tidak layak untuk mendesak Najib untuk berundur. Siapa Tun M desak Najib letak jawatan?
"Dr Mahathir sepatutnya tidak mengajar anak muda dengan sikap sebegini. Sewaktu dia menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ahli parti tetap mempertahankannya dalam pelbagai episod dan krisis politik.
"Bersekongkol dengan Kit Siang yang sudah lapuk menjadi pemimpin DAP sejak tahun 1965 sehingga ke hari ini. Siapa dia hendak mendesak pemimpin lain untuk berundur? Kit Siang sendiri adalah seorang pemimpin yang 'overstay'," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azwan mengulas tindakan Dr Mahathir yang menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat.
Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Najib untuk meletak jawatan.
Dalam pada itu, kata Khairul Azwan, Dr Mahathir dan Kit Siang turut dicabar untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk membuktikan keberanian masing-masing.
"Sekiranya ada keberanian maka kami desak agar kedua-dua yang masih enggan bersara ini untuk bertanding dalam PRU yang akan datang.
"Kami juga sedih melihat teladan buruk yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan politik lalang ini tidak wajar menjadi ikutan anak-anak muda.
"Dr Mahathir perlu hentikan 'the act of political hypocrisy' yang amat ketara darinya," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Fri Mar 04 2016
AZWAN BRO: Siapa Tun M desak Najib letak jawatan? - Gambar fail
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.
Unit Dana Bumiputera selesai rungutan usahawan - Pemuda UMNO
Unit Dana Bumiputera Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan rungutan usahawan dalam sistem penyampaian dana selama ini selesai dengan pendekatan tersendiri.
Sistem penyampaian dana Bumiputera masih lemah - Khairul Azwan
Sistem penyampaian dana khusus untuk Bumiputera terbukti masih lemah apabila masih ada pelbagai rungutan kesukaran mendapat maklumat serta proses birokrasi yang remeh.
'Segera bentang kandungan kotak hitam MH17' - Azwan Bro
Kerajaan digesa segera membentang kandungan dua kotak hitam daripada pesawat MH17 yang diserah kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom kepada umum.
Isu MARA: 'Saya saman Rafizi hari ini' - Azwan Bro
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hari ini memfailkan saman ke atas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam isu ketirisan hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengaitkannya baru-baru ini.
Syarikat farmaseutikal perlu buktikan KPI dalam R&D - Azwan Bro
Pemuda UMNO meminta kerajaan memberi penekanan kepada syarikat farmaseutikal untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menjadikannya Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kepada mereka.
Cabaran debat AMK: Nik Nazmi, cukup-cukuplah buat cabaran lapuk - Azwan Bro
Nik Nazmi disaran berhenti menggunakan taktik lapuk apabila mencabar Khairy Jamaludin atau pendakwaraya, Muhammad Shafee berdebat mengenai hukuman liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bangkitlah pengguna, sampai bila mahu terus 'dirogol' orang tengah - Azwan Bro
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mahu pengguna bangkit dan menunjukkan kuasa pembeli kepada orang tengah dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan.
Eric Paulsen bodoh bila padam tweet hina Jakim, tweet Azwan Bro
Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen disifatkan sangat bodoh apabila didapati memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jakim mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.
Pemimpin UMNO jangan beri muka kumpulan haluan kanan - Azwan Bro
Pimpinan tertinggi UMNO diminta tidak memberi lebih perhatian terhadap mana-mana kumpulan politik haluan kanan yang mendakwa memperjuangkan lebih kepentingan kepada kaum Melayu.