Kerajaan Malaysia akan menghantar nota bantahan melalui Wisma Putra kepada Singapura ekoran tindakan negara itu menyiarkan Tatacara Sistem Pendaratan Alatan (ILS) melalui Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) mereka berhubung aktiviti komersial Lapangan Terbang Seletar, tanpa kebenaran rasmi negara ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, penyiaran itu bertentangan dengan prinsip hak kedaulatan negara yang diperuntukkan di bawah Convention on International Civil Aviation (Chicago Convention 1944).
“Kerajaan Malaysia buat keputusan tidak benarkan Singapura siarkan ILS, dan keputusan ini telah dimaklumkan kepada mereka pada 28 dan 29 Nov lepas.
“Bagaimanapun Singapura telah menyiarkan ILS itu tanpa kebenaran pada 1 Dis lepas, dan akan berkuatkuasa pada 3 Januari, 2019, tanpa kebenaran Malaysia,” kata Loke sewaktu menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) di Dewan Rakyat hari ini.
Terminal penumpang itu, mula beroperasi 19 Nov 2017 lalu, diuruskan oleh Changi Airport Group.
Menerangkan lanjut, Loke berkata, penyiaran ILS di bawah AIP itu sekiranya berlaku, akan merencatkan pembangunan di kawasan Pasir Gudang kerana setiap bangunan atau apa-apa struktur binaan perlu mematuhi piawaian antarabangsa.
Di samping itu, jelasnya lagi, penyiaran itu juga akan menjejaskan operasi perkapalan di Pelabuhan Pasir Gudang.
BACA: Tiada caj terhutang kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap jet Jho Low
BACA: Penumpang Firefly ke Singapura dipindahkan ke Malaysia Airlines susulan penggantungan
Loke berkata, kerajaan sentiasa komited dalam mempertahankan kedaulatan dan memastikan kepentingan negara terus terpelihara, terutamanya dalam isu-isu berkaitan kepentingan strategik pengurusan ruang udara negara.
BACA: Firefly beroperasi dari Lapangan Terbang Seletar akhir 2018
Menjawab soalan tambahan sama ada kerajaan akan mengambil kembali ‘delegated airspace’ di Selatan Johor, Loke berkata, usaha itu akan dilakukan secara berperingkat.
“Kerajaan Malaysia akan berbincang secara terperinci dengan Singapura berkenaan rancangan mengambil balik ‘delegated airspace’ di Selatan Semenanjung Malaysia.
"Dan sekiranya perlu, akan merujuk kepada ICAO (International Civil Aviation Organisation) untuk saranan selanjutnya,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Dec 04 2018

Berhubung isu sama ada kerajaan akan mengambil kembali 'delegated airspace' di Selatan Johor, Loke berkata, usaha itu akan dilakukan secara berperingkat. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siaran ILS tanpa izin, Malaysia hantar nota bantahan kepada Singapura
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, penyiaran itu bertentangan dengan prinsip hak kedaulatan negara yang diperuntukkan di bawah Convention on International Civil Aviation.