Kerajaan akan menyiasat jika terdapat umat Islam menyertai Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang tular di laman media sosial baru-baru ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata siasatan terperinci termasuk penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah perlu kerana perkara itu melibatkan soal akidah umat Islam.
Katanya, bidang kuasa berkaitan akidah umat Islam tertakluk di bawah Enakmen Jenayah Syariah setiap negeri manakala bagi peringkat Wilayah Persekutuan, ia di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
"Jika ada bukti penglibatan umat Islam dan ternyata perbuatan itu menjejaskan akidah, tindakan boleh diambil Jabatan Agama Islam setiap negeri atau Jawi. Saya akan minta Jawi untuk melihat perkara ini dengan lebih terperinci.
"Sudah tentu kerajaan memandang serius dakwaan ini kerana ia membabitkan akidah umat Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid, Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkta Muhammad Faiz Hashim.
Asyraf Wajdi berkata demikian semasa diminta mengulas kewujudan akaun media sosial kumpulan itu di laman web Facebook, yang Ateis merujuk kepada individu yang tidak mempercayai tuhan dan tidak mempunyai pegangan agama.
Beliau menambah kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program bagi mengukuhkan pegangan akidah umat Islam sejak dari bangku sekolah, selain jabatan dan agensi agama juga saling berhubung bagi merancang program penerapan nilai Islam.
"Jika ada umat Islam yang terpengaruh dengan kegiatan seperti ini, tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka. Kita juga mempunyai program pendidikan, pemulihan dan penerangan bagi mengembalikan semula akidah mereka yang terpesong," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai insiden 276 jemaah haji terkandas pada Khamis lalu, Asyraf Wajdi berkata insiden tersebut berlaku kerana prosedur ketat oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor keselamatan yang menyebabkan berlaku keciciran sebahagian nama yang telah dikemukakan.
Bagaimanapun, beliau menambah perkara itu sudah diselesaikan dengan baik dan menyifatkan insiden tersebut sebagai fenomena sementara serta berharap bakal jemaah haji terus yakin dengan pengurusan Tabung Haji (TH).
"Ini adalah masalah luar kawalan dan sepanjang 54 tahun TH beroperasi, mereka tidak pernah berhadapan dengan masalah ini. Sekarang kita mengambil langkah-langkah mengandaikan ada keciciran dalam setiap penerbangan sebagai tindakan berwaspada.
"Pengalaman pada peringkat awal musim haji ini dapat membantu TH menguruskan kejadian ini dengan lebih sistematik dan berkesan dan saya berharap jemaah haji dapat bersabar," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Asyraf Wajdi berkata UMNO adalah satu-satunya parti yang ditubuhkan dengan dasar kesepaduan orang Melayu, berbeza dengan kewujudan parti lain yang ditubuhkan atas dasar kebencian atau kekecewaan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepentingan untuk memastikan UMNO terus mendapat sokongan rakyat kerana survival UMNO menjamin masa depan generasi muda.
"Kalau UMNO jatuh siapa yang hendak memimpin? Kita hanya ada dua pilihan sama ada Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO atau pakatan pembangkang. Di dalam BN, dominannya mesti UMNO supaya kita boleh menjadi tonggak.
"Berbeza dengan pembangkang yang kita sendiri tahu siapa yang paling besar (jumlah kerusi Parlimen). Bukan PKR atau parti bunga (Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia). Kita sendiri tahu siapa di belakang mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2017

Asyraf merujuk kepada kewujudan akaun media sosial kumpulan itu di laman web Facebook, yang Ateis merujuk kepada individu yang tidak mempercayai tuhan dan tidak mempunyai pegangan agama. - Gambar fail

Tidak timbul isu pemilik asal hartanah akan diusir secara paksaan - PM Anwar
Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan, kata Perdana Menteri.

Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump
Presiden Ukraine menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine.

Menteri Luar Mohamad adakan lawatan rasmi pertama ke Iran
Mohamad mengadakan lawatan rasmi pertama ke Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.

Masjid, surau bukan tempat sebar dakyah songsang - Sultan Nazrin
Sultan Perak tegur segelintir pihak yang salah guna masjid bagi menyebar dakyah fitnah serta berkepentingan politik kepartian.
‘STEM Talent in the Age of AI’
As Malaysia prepares for an AI-driven future, STEM education and workforce readiness play a critical role. Rushdi Abdul Rahim (MIGHT) and Mohamed Firouz Asnan (UTP) discuss evolving industry expectations, AI readiness, and the strategies needed to develop a future-proof talent pool.

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari
Negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

PM Anwar lakukan lawatan kerja dua hari ke Vietnam - Wisma Putra
Perdana Menteri Anwar dijadualkan menyampaikan ucaptama di ASEAN Future Forum (AFF) 2025.

Kejadian tikam di utara Melbourne, 4 remaja ditahan
Tiga lelaki cedera, manakala empat remaja ditahan susulan pergaduhan yang berakhir dengan insiden tikaman di utara Melbourne.

Industri gas global memainkan peranan utama dalam peningkatan permintaan tenaga dunia - IGU
Industri gas global memainkan peranan utama dalam mengenal pasti cara baharu untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga dunia yang terus meningkat.

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.

Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.

Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.

'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.

Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.

Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.