Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengarahkan pihak berkuasa melakukan siasatan mendalam terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian kebocoran gas klorin di Kampung Tambak Paya, petang semalam.
Beliau berkata siasatan itu termasuk mengetahui siapa identiti pemilik tujuh tong dram gas klorin yang dibuang di kawasan tanah kebun kampung itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak bertanggungjawab.
"Pihak penyiasat tengok nombor siri (tong dram) sudah tahu siapa (pemilik) jadi kita arahkan untuk ketahui siapa tuan punya angkara sehingga gas berbahaya ini boleh ditinggalkan sedemikian rupa di kampung ini, kita nak tahu siapa, di mana dan bila.
"Siasat siapa yang pakai (gas klorin) kilang air batu, kilang proses makanan mungkin pakai jadi kita tengok sebelum ambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian di kampung itu di sini, tengah malam tadi.
Sehingga pukul 5 pagi ini, 50 orang termasuk empat anggota bomba mendapat rawatan di Hospital Melaka dan Jasin akibat kejadian itu.
Idris berkata pihaknya termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diarahkan untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2017

Anggota polis membuat kawalan keselamatan di sebuah rumah kosong yang menjadi tempat pembuangan tujuh tong gas klorin yang bocor di Kampung Tambak Paya hari ini, 29 Sept, 2017. --fotoBERNAMA

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Tiada kesan gas klorin di kawasan sekitar Kampung Sena - JAS Perlis
JAS Perlis akan meneruskan pemantauan kualiti udara di kawasan itu, untuk memastikan tiada kesan gas klorin untuk tempoh satu hingga dua hari lagi.

Kebocoran gas klorin: 60 dikejarkan ke pusat perubatan di Iran
Enam puluh individu di wilayah Isfahan, tengah Iran dikejarkan ke pusat perubatan selepas disyaki terhidu gas klorin pada Ahad, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

13 maut, lebih 250 cedera kebocoran gas di pelabuhan Jordan
Kebocoran gas dipercayai berlaku ketika sebuah tangki berisi 25 tan gas klorin terjatuh dari kren semasa proses pemunggahan.

Senjata kimia yang digunakan pada 7 April buatan Eropah - Rusia
Senjata kimia yang digunakan di Syria dihasilkan oleh pengganas dan peralatan yang berkaitan dikatakan dihasilkan di Eropah.

AS sedia serang sekali lagi
Amaran tersebut dikeluarkan selepas operasi ketenteraan membabitkan AS, Britain dan Perancis melancarkan serangan peluru berpandu yang mendakwa berjaya mengenai tiga sasaran.

Langkah tegas pastikan kes kebocoran gas klorin tidak berulang
Semua pihak perlu berganding bahu memainkan peranan masing-masing dalam membantu pihak berkuasa menangani sebarang ancaman jenayah di kawasan kediaman mereka.

Kebocoran gas: Tujuh tong klorin dipindahkan - bomba
Timbalan Penguasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat (Operasi) Negeri, Kamarulzaman Mohd Din berkata, kerja-kerja menggali sebuah silinder yang ditanam apabila bocor semalam telah berjaya dilakukan.

Kebocoran gas: Polis panggil syarikat pemilik tong klorin
Syarikat tempatan itu telah dikenal pasti identitinya melalui nombor siri yang terdapat pada tujuh tong berkenaan, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti syarikat berkenaan.

Siasat pihak bertanggungjawab kejadian kebocoran gas klorin - Idris
Siasatan itu termasuk mengetahui siapa identiti pemilik tujuh tong dram gas klorin yang dibuang di kawasan tanah kebun kampung itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak bertanggungjawab.