Siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang kontroversial berjalan lancar dengan kedua-dua pihak berkuasa dalam bidang kehakiman Malaysia dan Perancis mengendalikan kes itu, kata Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche.
Bercakap kepada Bernama baru-baru ini berhubung isu itu, yang menjadi lebih utama dalam kalangan rakyat Malaysia sejak dua bulan kebelakangan ini susulan pilihan raya umum lepas, Laplanche berkata kerjasama antara kedua-dua pihak adalah lancar.
"Kerjasama antara pihak berkuasa kehakiman di Perancis dan Malaysia amat baik. Mereka telah berhubung dengan Peguam Negara Malaysia yang baharu mengenai semua isu berkaitan persoalan pada masa lampau dan saya dapat merasakan kesediaan yang kuat untuk menjalin kerjasama di kedua-dua pihak.
"Isu-isu ini sedang ditangani dan dikendali oleh pihak yang kompeten," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini, yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Perancis pada 14 Julai.
Bagaimanapun, Laplanche berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut isu itu kerana ia berada di bawah bidang kehakiman Perancis, yang merupakan badan bebas di negara tersebut.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, telah dilaporkan berkata bulan lepas bahawa penubuhan sebuah pasukan petugas akan dibincang dalam Kabinet bagi menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pembelian dua kapal selam Perancis pada 2002 ketika bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Pada 2002, Najib menyelia pembelian dua kapal selam jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, bernilai hampir EUR1 bilion (US$1.17 bilion).
Pada Mei, sebaik sahaja kerajaan baharu dibentuk, Mohamad Sabu berkata beliau perlu mendapatkan gambaran penuh berkaitan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum meneliti butiran isu dan skandal dalam ATM, termasuk pembelian kapal selam Scorpene itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
Laplanche berkata, kerjasama antara pihak berkuasa kehakiman di Perancis dan Malaysia amat baik. - Gambar fail
Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol.
SK Kerupang Juara Teater Hikayat Kebangsaan 2024
Sekolah Kebangsaan (SK) Kerupang dari Wilayah Persekutuan Labuan berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Teater Hikayat Peringkat Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh Astro Ceria.
Jika benar harga melampau, laporkan kepada KPDN segera- Armizan
Menteri KPDN memberitahu dakwaan harga ayam mencecah RM16 sekilogram adalah tidak munasabah, jika benar laporkan segera agar siasatan dapat dilakukan.
Rakyat bijak menilai prestasi GRS - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali meminta rakyat di negeri itu agar tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang dimainkan pihak tertentu menjelang pilihan raya negeri akan datang.
LTAK baharu di Tanjong Embang
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Ahad mendedahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu akan dibangunkan di kawasan Tanjong Embang, Asajaya.
Grid Kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga
Penubuhan Grid Kuasa Borneo diterajui Sarawak lonjak kedudukan negeri itu sebagai hab tenaga termasuk hab hidrogen di rantau Asia.
Mukah, Kuching dan Saratok dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dilanda banjir kilat.
Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.
RM10 juta dianggarkan baiki infrastruktur Pitas
RM10 juta dianggarkan bagi membaiki infrastruktur di daerah Pitas yang rosak akibat banjir.
Penari jadi duta perkenal pelbagai tarian Malaysia di Jepun
Tugas memperkenalkan keindahan tarian negara itu bukanlah mudah kerana ia memerlukan koreografi yang memukau bagi memastikan penonton kekal fokus.
'Kepelbagaian, keindahan dan makanan,' Pesuruhjaya Tinggi UK kongsi pengalaman di Malaysia
Mencapai keseimbangan sentiasa menjadi tugas utama bagi mana-mana duta, kata Charles Hay yang akan kembali ke tanah airnya pada Jumaat.
Anak jadi duta Maybelline, Shah Rukh Khan tumpang bangga
Suhana adalah salah seorang daripada empat muka baharu yang dipilih Maybelline sebagai duta.
Lantikan Nazri sudah dibuat setahun lepas - Anwar
Kata Anwar, keputusan melantik Nazri dibuat awal tahun lepas dan pihaknya tidak melihat alasan kukuh untuk membatalkannya.
Bekas PM Australia Kevin Rudd dilantik sebagai duta ke AS
Rudd akan berlepas ke Washington pada awal 2023 menggantikan Arthur Sinodinos yang telah berkhidmat selama tiga tahun.
UAE hantar semula duta ke Iran
Penempatan semula duta ke Tehran ini diputuskan enam tahun selepas ia menutup pejabat kedutaannya.
Saya tolak jawatan duta ke Switzerland kerana perlu letak jawatan MP - Nazri
Nazri menjelaskan, beliau memutuskan untuk kekal sebagai ahli Parlimen buat masa ini untuk memberi sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presiden Singapura terima watikah pelantikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu
Yang di-Pertuan Agongpada 15 Jun lalu menyampaikan watikah pelantikan Dr Azfar dan 18 duta baharu Malaysia.
Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021 dilantik duta produk IKS Sabah
Maya Hejnowska dilantik sebagai duta produk industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah sempena Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah.
Duta Ukraine ke Thailand meninggal dunia di resort
Andrii Beshta, 44 tahun, diisytiharkan meninggal dunia di Koh Lipe, Thailand.