Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) meletakkan siasatan ke atas video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri yang tersebar sejak dua hari lepas, sebagai satu keutamaan buat masa ini.
Pengerusinya, Al-Ishsal Ishak berkata, pihak SKMM akan terus bekerjasama secara rapat dan telus dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai siasatan ke atas video bersiri itu.
"Pihak SKMM kesal dengan penyebaran video tersebut yang secara terang menyalahgunakan kemudahan teknologi untuk perkara yang tidak berfaedah.
"Saya harap masyarakat kita sedar yang menyebarkan video lucah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman," ujarnya.
Ditanya jika pihak SKMM dapat membuat pengesahan sama ada video itu benar atau palsu, Al-Ishsal memaklumkan perkara itu masih disiasat dan dinilai oleh pihak PDRM dan SKMM akan memberi bantuan seperti mana yang diperlukan.
Al-Ishsal berkata demikian ketika ditemui pada majlis 'The CEO Pledge For Telecommunication Sector' yang berlangsung di ibu pejabat SKMM di sini, hari ini.
Dalam majlis itu, wakil-wakil dari syarikat telekomunikasi utama negara menandatangani dan menzahirkan ikrar mesra pengguna yang menyaksikan langkah perlindungan pengguna dinaik taraf melalui penambah baikan kod amalan pengguna.
Antara yang digariskan oleh kod ini ialah 90 peratus aduan diterima perlu diselesaikan dalam tempoh tiga hari bekerja, sementara bagi aduan-aduan kompleks, 15 hari.
Ia dijangka dikuatkuasakan pada suku akhir 2019.
Madiha Abdullah
Fri Jun 14 2019

Al-Ishsal pada majlis 'The CEO Pledge For Telecommunication Sector' di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, hari ini. --fotoBERNAMA
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.

Menteri ada bidang kuasa lantik, tamat perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism - KSN
Mohd Zuki berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).

Fadhlina, Dr Zaliha, Tengku Zafrul ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini hingga 7 Mac.

Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan Sivakumar tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

Ketirisan dana awam: Tindakan tegas ke atas pegawai, menteri salah guna kuasa - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau menteri yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan ketirisan dana awam.

Polis buru suspek letak senjata depan rumah Menteri Kehakiman Korea Selatan
Suspek disyaki menggunakan tangga dan laluan yang tidak dapat dilihat oleh CCTV untuk memasuki kawasan rumah menteri itu.

Pesawat terhempas Elmina: Menteri, timbalan menteri, MB zahir takziah kepada keluarga mangsa
Menteri, timbalan menteri dan menteri besar hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina.

Tiada menteri Kerajaan Perpaduan menyalahi tata kelola, tadbir urus
"Belum ada kes menteri yang amalkan gelojoh nafsu serakah yang lama untuk menyakau mana-mana kontrak (kerajaan)."

Jemaah B40, M40, T20... ini cara Tabung Haji kenal pasti - Menteri
Bakal jemaah haji dalam kategori B40 dan M40 dikenal pasti melalui senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).