Polis Selangor mematahkan tiga sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah termasuk bahan psikoaktif baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) dengan penahanan 10 individu melibatkan nilai rampasan hampir RM1 juta.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt R. Sundralingam berkata rampasan tersebut adalah hasil serbuan di tiga lokasi berbeza iaitu di Subang Jaya pada Ahad lepas, Balakong, Kajang (Isnin) dan awal pagi ini di Seksyen 13, Shah Alam.
Beliau berkata sejumlah 61 paket dadah NPS bernilai kira-kira RM117,000 dirampas dalam serbuan di sebuah rumah teres sewa di Balakong dan di sana polis menahan empat lelaki berumur antara 18 dan 25 tahun bersama seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang kesemuanya warga tempatan.
Menurutnya, modus operandi sindiket pengedaran jenis dadah baharu itu adalah menggunakan media sosial sebagai platform berselindung kerana sebarang pesanan hanya dibuat untuk pelanggan di dalam aplikasi itu sahaja.
Tambah Sundralingam, dadah NPS itu dijadikan dalam bentuk serbuk dan dimasukkan ke dalam paket minuman kordial pelbagai perisa bagi mengaburi mata pihak berkuasa kerana tumpuan edaran adalah di pusat-pusat hiburan memandangkan ia mempunyai kesan khayal yang lebih ekstrem.
"Sindiket ini menyasarkan golongan berkedudukan tinggi serta berduit kerana harga satu paket NPS seberat hanya 15 gram mampu mencecah sehingga RM300. Penggunaan paket minuman kordial itu dibuat untuk pesanan khas daripada pelanggan di pusat hiburan.
"Polis sedang menyiasat dari mana sindiket pengedaran ini mendapatkan sumber NPS dan tidak menolak kemungkinan dadah itu diproses di sini namun bahan-bahan asalnya disyaki dibawa masuk dari luar," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Menurut beliau lagi, polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap remaja perempuan yang tidak bersekolah itu namun setakat ini, dapatan awal menunjukkan remaja berkenaan dipercayai teman wanita kepada seorang daripada suspek terbabit.
Mengulas mengenai kes kedua di Subang Jaya, Sundralingam berkata dua lelaki tempatan ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari di dalam kereta yang dinaiki mereka berhampiran sebuah pusat beli-belah terkemuka dan pemeriksaan lanjut menjumpai 8.2 kilogram syabu serta 0.9 kilogram heroin di dalam kenderaan tersebut.
"Kedua-dua suspek berumur 38 dan 47 tahun itu adalah penganggur dan rampasan dadah dengan anggaran nilai RM600,000 itu disyaki untuk edaran pasaran tempatan," katanya.
Sementara bagi kes ketiga awal pagi tadi, Sundralingam berkata tiga lelaki tempatan berumur 35 hingga 40 tahun ditahan pada pukul 2 pagi di sekitar Seksyen 13 di sini ketika sedang menunggu pelanggan.
Jelasnya, ketiga-tiga lelaki itu didapati sedang cuba mengedar dua kilogram dadah jenis ganja bernilai RM6,000 namun sempat dipatahkan pihaknya hasil intipan daripada aduan awam.
Sundralingam berkata, ketiga-tiga sindiket pengedaran dadah itu tidak berkaitan antara satu sama lain dan dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan kira-kira lapan bulan hingga setahun lepas malah diklasifikasikan sebagai 'pengedar baharu'.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini namun tempoh tersebut akan dilanjutkan sehingga siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selesai, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2017
Polis Selangor menumpaskan sindiket dadah termasuk menahan 10 individu. - Gambar Bernama
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.
Sindiket dadah NPS tumpas, 10 individu ditahan
Polis Selangor mematahkan tiga sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah termasuk bahan psikoaktif baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) dengan penahanan 10 individu.