Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen hari ini mengadakan pertemuan rasmi pertama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia yang baru dilantik Mohamad Sabu di luar Dialog Shangri-La (DSL) ke-17 di sini.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan Singapura berkata pada pertemuan itu, kedua-dua menteri memperakui hubungan pertahanan yang baik dan kukuh sejak sekian lama antara Singapura dan Malaysia yang turut menyaksikan perkembangan baik termasuk yang terkini eksesais antara tentera udara kedua-dua negara.
Menurut kenyataan itu, Dr Ng dan Mohamad juga memperakui kerjasama baik kedua-dua negara menerusi platform serantau seperti Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus serta Aturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA).
Pada pertemuan itu, Dr Ng dan Mohamad turut berbincang tentang cabaran serantau seperti situasi di wilayah Rakhine.
Menurut kenyataan itu, pasukan pertahanan Singapura dan Malaysia sentiasa berinteraksi merangkumi pelbagai kegiatan termasuk eksesais dua hala, lawatan dan pertukaran, kursus kehadiran silang serta kegiatan berbilang hala.
Interaksi yang kerap ini memperkukuh persefahaman bersama dan hubungan profesional antara warga pasukan pertahanan kedua-dua negara selain menegaskan hubungan pertahanan yang baik sejak sekian lama antara kedua-dua negara.
Mohamad berada di sini dalam rangka lawatan kerja tiga hari sejak 1 Jun bagi menghadiri SLD ke-17. Ini merupakan lawatan sulung beliau ke republik ini atas kapasitinya sebagai menteri pertahanan.
Dalam lawatannya, Mohamad antara lain melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean.
Mohamad turut mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri pertahanan FPDA pada sarapan tidak formal yang dihoskan oleh Dr Ng.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 03 2018

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (kiri) pertemuan rasmi dengan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen di Dialog Shangri-La (DSL) ke-17, hari ini. - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Lawatan Panglima TLDM ke Singapura gariskan 'hubungan pertahanan yang lama terjalin'
Lawatan sulung Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob ke Singapura menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan terjalin sejak sekian lama.

Singapura dan Malaysia bersetuju terus perkukuh hubungan pertahanan
Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen hari ini mengadakan pertemuan rasmi pertama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia yang baru dilantik Mohamad Sabu di luar Dialog Shangri-La (DSL) ke-17 di