Singapura dilaporkan berkata ia akan mengkaji dokumen yang dikemukakan Malaysia sebagai sebahagian daripada asas permohonannya kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya membuat semakan semula terhadap penghakiman mengenai pemilikan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca).
Channel News Asia melaporkan lewat Sabtu bahawa Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata beliau telah melihat dokumen berkenaan dan sebuah pasukan undang-undang akan meneliti dokumen itu serta memberi repsons sewajarnya.
Shanmugam juga berkata Malaysia perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang ditetapkan mahkamah.
"Antaranya ialah terdapat fakta baharu dan fakta baharu yang ditemukan itu akan menghasilkan perbezaan penting, manakala skop perundangan secara khusus pula perlu dijelaskan.
"Jika dilihat dari perspektif itu, saya tertanya-tanya apakah fakta baharu yang terkandung dalam dokumen berkenaan dan bagaimana akan membawa sebarang perbezaan terhadap kes itu atau mewujudkan sebarang perbezaan," kata beliau seperti yang dilaporkan.
Fakta baharu yang mendorong Malaysia memohon agar semakan dibuat terhadap keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh itu merujuk kepada tiga dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom.
Dalam siaran akhbar melalui laman sesawangnya pada Jumaat, ICJ berkata dokumen itu ialah surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan pada 1958 oleh seorang pegawai tentera laut Britain dan satu peta bernota mengenai operasi tentera laut mulai 1960-an.
Dokumen itu ditemukan di arkib berkenaan antara 4 Ogos 2016 dan 30 Jan 2017, katanya.
Malaysia memfailkan permohonan tersebut pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2017

Semakan semula yang dimohon Malaysia terhadap keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh itu merujuk kepada tiga dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom. - Gambar fail
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.

Israel tidak layak jadi anggota komuniti antarabangsa - Kementerian Luar Palestin
Negara Palestin akan terus bekerjasama dengan Francesca Albanese termasuk dalam konteks pembentangan laporan beliau yang akan datang kepada Perhimpunan Agung PBB.

Lebih banyak negara dijangka mempertikai status ‘negara’ Israel di PBB - Pakar
Lebih banyak negara dijangka mempertikaikan keabsahan Israel sebagai sebuah negara dan anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Isu Batu Puteh: Kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara - PM Anwar
Perdana Menteri menyifatkan kehilangan Batu Puteh adalah kerana kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara.

Singapura kaji pendapat nasihat ICJ mengenai penempatan Israel
Singapura sedang mengkaji "dengan teliti" pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin adalah tidak sah.

Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.

Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.

Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini
Satu pendengaran awam akan diadakan pada 3 petang di Peace Palace di The Hague di mana Hakim Nawaf Salam, Presiden Mahkamah akan membacakan Pendapat Nasihat itu.