Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menjadikan Singapura sebagai salah sebuah negara pertama yang bakal dilawati apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelak.

Jelas Anwar, kedua-dua negara jiran itu perlu menjalin ikatan yang kukuh.

“Hubungan Malaysia-Singapura ada masalah ke?,” pertanyaannya disambut dengan gelak ketawa ratusan pemimpin perniagaan dan pemikir yang hadir untuk Sidang Kemuncak Singapura 2018, hari ini.

Menurutnya, adalah tidak masuk akal untuk menimbulkan masalah antara kedua-dua negara ini.

BACA: Siapa kata saya gopoh? - Anwar

“Jika dan apabila saya mengambil alih jawatan perdana menteri, saya akan pastikan bahawa salah sebuah negara pertama yang dilawati adalah Singapura,” katanya.

Rabu lalu, Anwar mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang sekali gus dilihat akan membuka jalan untuk beliau menjadi Ahli Parlimen dan kembali ke Parlimen. - Straits Times