Pihak berkuasa Singapura sudah menyita aset bernilai S$240 juta (RM710 juta) susulan siasatan membabitkan aliran dana 1MDB yang didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram.
Dalam satu kenyataan bersama oleh pihak berkuasa kewangan Singapura (MAS), Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Hal Ehwal Komersial berkata, aliran wang yang disiasat itu termasuk yang berkait Good Star Limited (Seychelles), Aabar Investments PJS Limited (BVI), Aabar Investments PJS Limited (Seychelles), dan Tanore Finance Corp (BVI).
MAS berkata ia sudah melakukan pemeriksaan ke atas Bank DBS, Standard Chartered dan UBS dan mendapati beberapa 'kegagalan kawalan' dalam ketiga-tiga bank itu, di samping 'kelemahan proses menerima penyimpan dan mengawal selia transaksi'.
"Terdapat juga kelewatan tidak wajar mengesan dan melaporkan transaksi," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas kenyataan Peguam Negara AS, Loretta Lynch yang memaklumkan bahawa beberapa individu didapati menyalahgunakan dana syarikat 1MDB dengan memasukkan sejumlah dana ke akaun bank peribadi mereka.
Lynch turut berharap dana yang disalahgunakan ini akan dibawa kembali ke Malaysia.
Astro Awani
Thu Jul 21 2016
Singapura sita aset RM710 juta dalam siasatan berkaitan 1MDB. -Gambar fail
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
"If we do not resolve this..." - Petikan rakaman dipercayai antara Najib dan Putera Mahkota UAE
SPRM pada Rabu mendedahkan sebuah rakaman audio dipercayai perbualan antara Najib Razak dengan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu.
Deutsche Bank disiasat atas penglibatan dengan 1MDB
Berdasarkan laporan akhbar Wall Street Journal, Deutsche Bank pernah terlibat mengumpul dana sebanyak $1.2 juta bagi 1MDB pada 2014.
Skandal 1MDB: Roger Ng enggan diekstradisi ke Amerika Syarikat - Sumber
Roger Ng ditahan di Malaysia dan dilaporkan untuk diekstradisi ke AS untuk dibicara di sana. Penahanan Ng dibuat oleh pihak Polis Di Raja Malaysia atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat.
PM ucap terima kasih pada Jokowi kembalikan kapal 'Equanimity' kepada Malaysia
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Indonesia kerana bekerjasama dalam mengembalikan kapal mewah 'The Equanimity' kepada Kerajaan Malaysia.
1MDB: AS nak tolong pulangkan aset negara tapi 'orang kita' tidak layan?
Beberapa 'rahsia' besar negara yang jauh daripada pengetahuan rakyat Malaysia sebelum ini, terbongkar hari ini.