Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengeluarkan notis amaran kepada sebuah restoran Asam Pedas di Taman Kota Laksmana di sini, semalam.
Pengarahnya, Jaiya Abu berkata, notis itu bagi meminta pengusaha itu mengemukakan dokumen tunjuk sebab selepas premis perniagaan tersebut tular gara-gara mengenakan caj RM18 bagi satu jag sirap ais.
Menurutnya, pihaknya telah pergi ke restoran tersebut untuk ambil maklumat, selain pemeriksaan berdasarkan aduan berkenaan.
“Kita telah buat pemeriksaan dan mendapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis terbabit.
“Harga bagi minuman tular dibuat penandaan RM18, namun mempunyai tiga saiz berbeza dan telah menasihatkan mereka supaya guna satu saiz jag standard bagi mengelak pelanggan keliru,” katanya.
Jelasnya, hasil pemeriksaan itu satu notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dikeluarkan kepada pengusaha premis dan diberi tempoh lima hari untuk maklum balas.
Selain itu pengusaha restoran turut diarah mengemukakan dokumen tunjuk sebab membabitkan harga hidangan asam pedas ikan kembung.
“Hasil pemeriksaan mendapati set asam pedas ikan kembung dijual antara RM9 hingga RM13.50 dan mereka perlu tunjuk maklum balas harga hidangan itu,” katanya.
Terdahulu, seorang pengguna laman sosial memuat naik resit bayaran dikenakan selepas tidak berpuas hati apabila air sirap dipesannya dicaj RM18 untuk satu jag.
BACA: Pelanggan tergamam dapat bil 'maggi ketam' cekik darah!
Sinar Harian
Sat Sep 22 2018
Antara jag air berlainan saiz yang dikesan digunakan restoran berkenaan. (Gambar kanan: Status pelanggan yang tular di laman sosial mengenai restoran tersebut.) -Foto Sinar Harian
Dua juta pekerja disasar sertai kesatuan sekerja - Sim
Setakat September lepas, bilangan kesatuan sekerja di Malaysia telah mencapai 759 dengan keanggotaan seramai 1,030,151 orang.
KBS sasar tambah bilangan pakar psikologi sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat untuk menambah bilangan pakar psikologi sukan dalam usaha membantu persediaan atlet menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028 di Los Angeles.
Polis Thailand dedah ada penjenayah rentas sempadan miliki dua kad pengenalan, kerakyatan
Ini adalah modus operandi mereka bagi melarikan diri sama ada ke Malaysia atau Thailand jika diburu pihak berkuasa tempatan.
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik.
Perubahan dasar perdagangan AS dijangka tidak beri impak besar kepada sektor minyak sawit negara
Sebarang perubahan dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak memberi impak yang besar terhadap sektor minyak sawit negara.
Projek pembangunan mesra alam inisiatif kekal kelestarian alam
Projek pembinaan yang menerapkan teknologi tinggi mampu mengurangkan pelepasan karbon serta penggunaan tenaga dengan penyelenggaraan pada kadar minimum.
KUSKOP, QSB berpotensi jalin kerjasama majukan PKS di Sabah - Ewon
Bagi merealisasikan kerjasama, QSB disarankan menjadi syarikat vendor berdaftar dengan KUSKOP.
Pegawai CIA ditahan di Kemboja
Seorang pegawai Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) yang ditahan di Kemboja kerana membocorkan maklumat sensitif mengenai rancangan ketenteraan Israel terhadap Iran telah didakwa di mahkamah Amerika Syarikat, lapor media asing.
Iran akan bertindak balas terhadap sebarang resolusi IAEA
Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran Mohammad Eslami memberi amaran bahawa sebarang resolusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) terhadap Iran akan mendapat respons segera.
Kualiti udara di ibu negara India kekal paras sangat tidak sihat
Kualiti udara di ibu negara India, New Delhi kekal pada paras sangat tidak sihat pada Khamis ketika kabus asap yang tebal menyelubungi negeri-negeri di utara.
Misteri air berwarna merah di Taman Tasik Seremban terungkai
JAS Negeri Sembilan menghantar pasukan ke lokasi kejadian dan pegawai penyiasat menyusuri longkang yang ada berpandukan kepada video aduan.
Ais tingkap resipi turun temurun selama 100 tahun
Minuman ais parut campuran istimewa yang hanya boleh didapati di Pulau Pinang itu adalah campuran air sirap yang ditambah dengan bahan-bahan untuk menyejukkan badan.
Sirap RM18? Restoran asam pedas diberi notis amaran
KPDNHEP telah pergi ke restoran tersebut untuk ambil maklumat, selain pemeriksaan berdasarkan aduan berkenaan.