Satu sisi berbeza Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah diperlihatkan kepada umum tatkala gambar yang dirakam semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kerabat diraja Pahang itu tular di laman Facebook mendapat perhatian rakyat.
Gambar tersebut merakamkan detik-detik romantis pasangan Diraja ketika Pemaisuri Agong yang juga Tengku Ampuan Pahang melayani suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika bersantap semasa sambutan hari raya yang diadakan pada Khamis, 2 Syawal yang lalu.
Detik itu sempat dirakam oleh Mahathir Ali, pegawai media kepada Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang di Istana Sultan Abdulaziz Kuantan, Pahang yang telah memuat naik foto tersebut di akaun Facebook miliknya.
Tindak tanduk Tunku Azizah dirakamkan bermula daripada baginda mengambil hidangan di meja hidangan sehingga selesai menghidangkan santapan tersebut kepada Seri Paduka.
Posting tersebut menjadi tular dengan begitu pantas dan kini telah mendapat lebih 4,000 tanda suka serta 1,700 perkongsian di laman Facebook.
Pelakuan pasangan diraja itu mendapat pujian serta rasa takjub dalam kalangan rakyat tatkala melihat adegan pasangan diraja yang jarang dipertontonkan kepada umum.
Walaupun Permaisuri Agong dilihat sangat sibuk membantu rakyat terutamanya apabila berlakunya bencana atau majlis-majlis kebajikan, namun baginda tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk melayani suaminya.
Keluarga Diraja kesayangan rakyat itu sememangnya terkenal dengan sikap mesra dan penyayang tanpa mempedulikan status dan darjatnya sebagai Tengku Ampuan Pahang dan Raja Permaisuri Agong.
Kasih sayang baginda berdua menjadi sumber inspirasi serta tauladan yang baik untuk dicontohi oleh rakyat.
Astro Awani
Mon Jun 10 2019

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah melayani suaminya dengan penuh kasih sayang ketika Seri Paduka bersantap di Sambutan Aidilfitri pada 2 Syawal di Istana Sultan Abdulaziz Kuantan, Pahang. - Foto- facebook@Don Mahathir

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Sesi persekolahan bermula, ibu bapa disaran sediakan sarapan pagi bernutrisi
Makanan berkhasiat bukan sekadar isu kesihatan, tetapi faktor utama dalam menentukan kecemerlangan akademik pelajar.

Abang Johari cadang SFC jalan kajian habitat terubuk di Batang Lupar
SFC mempunyai teknologi baharu seperti peranti dan peralatan untuk menyelidik serta meneroka dasar sungai.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya
Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambut kemerdekaan ke-60 tahun ini.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.

Sisi berbeza: Raja Permaisuri Agong tunjuk teladan isteri mithali di Aidilfitri
Satu sisi berbeza Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah diperlihatkan kepada umum semasa Sambutan Hari Raya.