Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.
Selain Siti Nurhaliza, 38, tiga selebriti lain turut menerima anugerah kebesaran ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau nama sebenarnya, Datuk Idris Md Yusof yang turut menerima SSAP manakala Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn Bhd, Jovian Mandagie dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.
Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim yang merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.
Kesemua selebriti itu antara 101 individu menerima darjah kebesaran Pahang yang didahului oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang turut menerima SSAP.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Antara penerima SSAP lain ialah Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Rahman Md Yunos, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Ramlan Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohammad Mentek.
Turut menerima SSAP ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, Ketua Perangkaan Jabatan Perangkaan Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zulkifli Abu Bakar, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Datuk Dr Sallehuddin Ishak, Wakil Tetap dan Duta Besar Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.
Noraniza Kamsani
Tue Oct 24 2017

Siti Nurhaliza dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP). - Foto Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Polis Pahang lupus dadah bernilai lebih RM500,000
Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM500,000 yang dirampas dari seluruh negeri ini sejak 2011 hingga tahun ini.

Penganugerahan darjah, pingat Pahang lebih tegas
Pembaharuan memperlihatkan ketegasan menerusi penubuhan Jawatankuasa Penilaian bagi menilai kelayakan penerima dan Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat salah laku penerima.

Tidak boleh guna gelaran selagi tiada istiadat - SUK Pahang
Perkara berkenaan dijelaskan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang mengesahkan Karim pernah ditawarkan DIMP.

Farid Kamil, Aaron Aziz terima gelaran Datuk
Pelakon Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang.

Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri
Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dianugerahkan darjah kebesaran SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Kerajaan Pahang siasat penganugerahan 'Datuk' kepada pelakon
Tindakan awal telah diambil dengan menyemak sekiranya nama pelakon itu pernah disenaraikan sebagai seorang daripada penerima penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.

Hans Isaac, Ziela Jalil dan Norman KRU kini bergelar Datuk
Hans Isaac, Ziela Jalil dan Norman KRU menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.