Mana-mana pemain sukan lasak yang melibatkan pertempuran seperti gusti perlu sentiasa mematuhi peraturan selain mengikuti keputusan pengadil pertandingan.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, ia undang-undang yang tidak boleh diingkari malah perlu dihormati di dalam mana-mana sukan sekalipun.
"Ayah berpeluang menyaksikan pertandingan gusti di Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini. Sungguh ganas dan penuh dengan aksi lasak selain pergaduhan sampai keluar gelanggang selepas pengadil membatalkan perlawanan itu.
"Ayah pada mulanya menasihati ahli gusti itu untuk berhenti dari membelasah lawannya namun badannya ditolak. Ia satu pantang jika arahan yang diberi tidak diikuti.
"Lantas ayah melawan tetapi ia hanya sebagai peringatan supaya semua ahli gusti yang akan bertanding selepas ini mematuhi undang-undang. Ayah bukan hendak menunjuk tetapi tidak pernah gentar dengan mana-mana ahli gusti walaupun bertaraf antarabangsa seperti Undertaker," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Baru-baru ini viral di media sosial video berdurasi 1 minit 47 saat yang menunjukkan Rani Kulup ditolak ahli gusti berkenaan.
Ia merupakan antara perlawanan yang berlangsung di Ku-Ash Theater, Taman Tun Dr Ismail di sini dan dianjurkan organisasi gusti profesional pertama negara, Malaysia Pro Wrestling (MYPW).
Pertandingan itu menampilkan lapan perlawanan yang penuh aksi dan amat bertenaga, ianya berjaya menarik lebih 400 penonton yang memenuhi arena.
Dalama pada itu kata Rani Kulup, sukan lasak seperti gusti dilihat boleh dikembangkan lagi di negara ini agar bintang tempatan di dalam acara itu dapat dilahirkan.
"Bukan sahaja Undertaker, kita sebenarnya mampu melahirkan John Cena, The Rock, 'Stone Cold' Steve Austin dan ramai lagi bintang setaraf ahli gusti antarabangsa pada masa akan datang.
"Ia akan meningkatkan taraf sukan negara dan memberi aspek baharu dalam dunia gusti negara. Selama ini kita hanya pandai melihat di kaca televisyen sahaja, siapa tahu satu hari nanti kita ada bintang gusti sendiri," jelasnya.
Selain MYPW, satu kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia di Facebook kini telah menghimpunkan lebih 14,000 peminat gusti di negara ini.
Kelab yang diasaskan pada tahun 2010 itu kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
Wan Syamsul Amly
Sun Feb 14 2016

Baru-baru ini viral di media sosial video berdurasi 1 minit 47 saat yang menunjukkan Rani Kulup ditolak ahli gusti berkenaan. - Gambar fail

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.

Olimpik Paris 2024: Ahli gusti Cuba lakar sejarah, raih emas kelima berturut-turut
Lopez, 41, meraih pingat emas dalam kategori 130 kilogram dengan menewaskan Yasmani Acosta Fernandez dari Chile dengan kutipan mata 6-0.

Charles Oliviera lawan Arman Tsarukyan di UFC 300
Pemenang pertarungan itu akan muncul sebagai pencabar nombor satu kejuaraan tali pinggang Lightweight, Islam Makhachev.

'Golden Boy' Emman Azman pertahan tali pinggang kejuaraan gusti
Emman Azman tewaskan ahli gusti Singapura, Endboss Gregory sekali gus menebus kekalahan selepas tewas di tangan lawannya itu empat tahun lalu.

Emman ketuai cabaran negara di kejohanan gusti 'New Breed'
Emman akan berentap untuk mempertahankan tali pinggang kejuaraan menentang ahli gusti dari Singapura, Greg Glorious.

Emman Azman, juara gusti di Australia tiba di Malaysia esok
Emman mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi Melbourne City Wrestling Intercommonwealth pada 26 November lepas.

Selepas 40 tahun terajui WWE, Vince McMahon umum bersara
Vince McMahon mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WWE selepas 40 tahun menerajui organisasi gusti profesional terbesar dunia itu.

Logan Paul ikat kontrak bersama WWE
Paul mengumumkan telah menandatangani kontrak yang berakhir sehingga tahun depan dengan organisasi gusti itu.

Big E pertahan Kejuaraan WWE
Kemunculan Cedric Alexander dan Shelton Benjamin secara tiba-tiba di tepi gelanggang sedikit sebanyak menganggu fokus Big E.

The Rock, dulu dibuli kini selebriti
Bret Hart (penggusti dalam WWF) pernah menceritakan dua peggusti legenda, Triple H dan Shawn Michaels pernah membuli Johnson ketika dia baru sahaja menjadi penggusti.

Maurice Tillet, inspirasi di sebalik watak Shrek
Banyak pihak mendakwa kisah raksasa berwarna hijau itu diinspirasikan daripadanya kerana wajahnya benar-benar hampir menyerupai Shrek.