Ahmad (bukan nama sebenar) mula berkenalan dengan seorang ejen pelaburan emas yang kebetulan adalah salah seorang pelanggan perniagaan barangan elektronik miliknya.
Kemewahan hidup ejen berkenaan menarik minat Ahmad untuk menceburi skim pelaburan emas yang semakin popular sejak kebelakangan ini.
"Saya melihat ejen itu setiap bulan membeli barangan elektrik melalui keuntungan jual beli emas beli.
"Sebulan dia boleh beli TV, bulan depan dia beli laptop. Jadi saya rasa ketika itu, keuntungannya adalah berbaloi kalau saya masuk dan dapat imbuhan setiap bulan," kata Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI.
Sejak daripada itu, dia telah melabur wang simpanannya untuk nilai 2 kilogram emas.
Malangnya, keuntungan yang dinikmati hanya seketika apabila dia cuma menerima imbuhan pelaburan untuk dua bulan pertama.
"Sejak Disember tahun lalu, syarikat pengelola telah berhenti memberi imbuhan atas alasan syarikat bertukar konsep.
"Salah satu ingin mengemas kini syarikat kepada Sdn Bhd agar lebih kukuh. Jadi semua pemberian imbuhan perlu ditangguh dahulu," keluh Ahmad.
Sejak itu, Ahmad telah berjumpa dengan ejen berkenaan serta syarikat pengelola, namun masih tidak membuahkan sebarang hasil.
Kos kerugian yang terpaksa ditanggung kini mencecah RM200,000.
Kisah Ahmad adalah antara 5,000 pengguna seluruh Malaysia yang dipercayai terbabit dalam skim pelaburan emas dengan jumlah kerugian dianggar mencecah RM500 juta.
Di sebalik keghairahan mengejar kemewahan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihati orang ramai agar berhati-hati supaya tidak terjebak dengan penipuan skim pelaburan emas yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
PPIM turut menerima beberapa aduan pengguna yang tertipu dengan skim itu, sehingga mengakibatkan kerugian mencecah puluhan juta ringgit.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, antara aduan yang diterima adalah seperti kes Ahmad di mana syarikat terbabit didakwa tidak membayar pulangan pelaburan sepertimana dijanjikan.
"Bila syarikat tidak bayar, pelabur akan pergi cari mereka. Pelabur akan ugut nak lapor polis dan Bank Negara.
"Syarikat itu kata kalau report, mereka langsung tak akan dapat duit. Itu alasan yang digunakan untuk terus menipu," kata Nadzim pada sidang media di ibu negara.
Bank Negara Malaysia di laman webnya turut menyenaraikan 197 syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf dalam senarai berjaga-jaga.
Menurut Jawatankuasa Biro Pendidikan PPIM, Mohd Nor Izzat Johari, daripada jumlah itu, dianggarkan 30 peratus terdiri daripada syarikat skim pelaburan emas.
Setakat ini, PPIM sudah mengenal pasti tiga syarikat yang terbabit dalam skim penipuan.
"Tiga syarikat ini kita dah ada aduan. Kita dah buka fail. Sampai sekarang pengelola atau bos dia cuba menghilangkan diri, tetapi Insyaallah dengan kerjasama masyarakat yang ada, mereka akan bantu beri maklumat." kata Izzat.
Modus operandi skim pelaburan emas ialah pihak penganjur atau pengelola akan melantik wakil atau ejen untuk melaksanakan proses jual beli dengan pelanggan.
Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah, antara dua skim pelaburan yang wujud adalah menjual emas kepada pelanggan dengan harga lebih tinggi daripada pasaran untuk mendapat imbuhan secara bulanan.
Selain itu, jual emas secara "Estimate Time Arrival" (ETA) yang mengenakan syarat pelanggan perlu membuat bayaran dahulu sebelum menerima emas dalam tempoh tertentu.
"Pelanggan melabur dalam bentuk wang beli 100g emas pada harga pasaran atau lebih rendah daripada itu, tetapi dijanjikan fizikal emas tersebut dapat dalam tempoh 7 hari, 14 hari dan 30 hari.
"Malangnya apabila tiba masa emas perlu diberikan keapda mereka, mereka tidak menerima emas tersebut," kata Mustaffa.
Kebanyakan syarikat pengelola juga didapati berselindung di sebalik ejen yang menjadi orang tengah, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko bila imbuhan dan barangan tidak diterima pelanggan.
Mengakui tidak membuat semakan latar belakang terhadap syarikat pengelola skim pelaburan emas, Ahmad kini belajar daripada kekhilafannya, satu pengajaran yang dikira cukup mahal agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang janji skim pelaburan.
"Saya nasihatkan sekiranya ada apa-apa skim pelaburan, ia harus dibuat secara terus dan bukan melalui ejen dan ia perlu berkonsepkan pertukaran barangan dengan tunai secara serentak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku penipuan."
Tan Su Lin
Sat Jan 17 2015
Bank Negara Malaysia di laman webnya turut menyenaraikan 197 syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf dalam senarai berjaga-jaga. -Gambar fail
Waran ICC langkah kritikal mempertanggungjawab pemimpin Israel - BDS
BDS menyeru negara agar mengambil tindakan lebih lanjut dengan memenuhi kewajipan mereka untuk mengenakan sekatan sasaran ke atas Israel.
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
Tumpuan Jumaat – 22 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (21 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan
Lebih RM23.4 juta jumlah tunggakan premium serta bayaran lain yang belum dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan di Kelantan.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.