Peningkatan 0.64 peratus skor Indeks Syariah Malaysia kepada 76.06 peratus bagi tahun 2017 berbanding 75.06 peratus pada 2015 menjadi bukti pencapaian kerajaan mentadbir negara selaras dengan Maqasid Syariah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beberapa dapatan penting Indeks Syariah 2017 membuktikan usaha-usaha dan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan telah memberi impak kepada rakyat.
Jelasnya, skor Indeks Syariah Malaysia 2017 mencatatkan peningkatan yang amat ketara untuk empat bidang iaitu kesihatan, prasarana dan persekitaran, ekonomi serta sosial.
"Bila kita bercakap tentang Maqasid Syariah, sudah pasti apa yang terlintas di minda kita ialah indeks Syariah Malaysia iaitu projek yang amat dekat di hati saya. Pada 10 Februari 2015 yang lalu saya telah melancarkan Indeks Syariah Malaysia buat julung kalinya di negara ini dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.
"Banyak gerak kerja dan tindakan penambahbaikan yang telah dilakukan Jakim dan pelbagai kementerian bagi memastikan ia dilaksakan sebaik mungkin.
"Saya difahamkan sebanyak 13 kementerian dan jabatan telah menubuhkan Sekretariat Indeks Syariah bagi memastikan dasar dilaksanakan selaras Maqasid Syariah," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Perdana Ulama, Umara dan NGO Islam serta Pembentangan Indeks Syariah Malaysia 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Matlamat utama pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia adalah bagi memupuk perpaduan ummah di kalangan rakyat.
Ia juga dipastikan tidak bertentangan dengan perlembagaan atau mengambil hak serta cuba mengubah cara hidup penganut agama lain.
Selain berpaksikan perlembagaan negara, pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia juga sama sekali tidak akan mengambil kuasa Raja-Raja Melayu, yang dijadikan rujukan dalam hal berkaitan agama selaku ketua agama Islam di negara ini.
Dalam pada itu jelas beliau, penyelidikan kali kedua Indeks Syariah tahun ini melibatkan 222 orang penyelidik daripada enam buah universiti awam.
"Jumlah responden keseluruhan yang terlibat dalam Indeks Syariah Malaysia 2017 ini adalah seramai 27,292 orang; pembuat dasar seramai 2,280 orang; pelaksana dasar seramai 6,555 orang dan masyarakat seramai 18,457 orang.
"Apa yang menarik tentang dapatan Indeks Syariah Malaysia 2017 ini ialah jumlah respoden adalah terdiri daripada Islam dan bukan Islam. 50 peratus daripada responden masyarakat adalah mereka yang berumur antara 21 sehingga 30 tahun yang merupakan generasi TN50," katanya.
Pada majlis sama Datuk Seri Najib turut mengumumkan sumbangan khas kerajaan sebanyak RM2 juta kepada NGO Islam di negara ini.
Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman.
Sementara Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Timbalan Presiden Aqsa Syarif, Dr. Fauziah Mohd. Hassan masing-masing diumumkan Tokoh NGO Lelaki dan Wanita.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa pula diumumkan Tokoh NGO Belia.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 03 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) semasa hadir pada Majlis Perdana Ulama, Umara dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

KPWKM terus perjuang pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperjuangkan pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesedaran mencarum SKSSR di Kelantan masih rendah - Perkeso
Tahap kesedaran rakyat negeri ini untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) masih lagi rendah, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Sasaran tanam semula sawit masih ketinggalan, kerajaan pertingkat usaha - Johari
Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024.
Tumpuan Rabu – 26 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Lam, Jose Ramos-Horta di Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan.

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaharu Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna.

Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.

Masyarakat diingat berhati-hati keluar perkataan boleh bangkit kemarahan antara kaum
Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berhati-hati agar tidak mengeluarkan perkataan atau perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan antara kaum.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
![[KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan [KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735892357_Lelakialamiganggua.jpg)
[KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan
Mungkin umat Islam perlu ambil nilai murni ditonjolkan seorang imam dalam kejadian di Finsbury Park, London yang menghalang seorang lelaki dipukul selepas merempuh jemaah masjid selepas solat.

JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat zikir secara pelik di tanah perkuburan Setapak
Laporan keterangan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk pandangan dan tindakan susulan, termasuk kemungkinan tindakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ajaran The Ahmadi sesat, bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak - MKI
MKI memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat dan menyeleweng serta bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.