Waris dan kenalan individu Islam, yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19, boleh melakukan solat jenazah ghaib ke atas arwah, kata Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.
Beliau berkata, solat jenazah ghaib berserta doa merupakan penghormatan terakhir daripada waris dan kenalan yang tidak dapat menatap wajah individu berkenaan.
"Ulama tidak menetapkan tempoh masa khusus untuk dilakukan solat jenazah ghaib. Ia boleh dilakukan selepas sehari, dua hari atau seminggu kematian tersebut. Yang penting, maklumat mengenai kematian berkenaan kita baru terima.
"Cuma kena pastikan, jika kematian baharu berlaku, solat itu harus dilakukan selepas jenazah dikafankan dan dikebumikan," katanya kepada pemberita selepas sesi Taklimat Pengurusan Jenazah Mangsa COVID-19, di sini, hari ini.
Sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa pada 18 Mac hingga 14 April, solat jenazah ghaib boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga lain di rumah masing-masing.
Dalam beberapa kes kematian mangsa COVID-19 baru-baru ini, pengurusan dan pengebumian jenazah hanya dilakukan oleh petugas hospital yang memakai lengkap peralatan pelindungan peribadi (PPE) bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kluster wabak tersebut.
Tiada seorang pun waris mahupun orang ramai dibenarkan menghadiri proses pengurusan dan pengebumian jenazah berkenaan.
Dalam pada itu, Anhar turut memohon ahli jawatankuasa kariah masjid dan surau di seluruh negeri supaya mempercepatkan pengurusan jenazah walaupun hanya dengan bilangan jemaah yang tidak ramai serta menepati jarakan sosial sepanjang tempoh PKP.
"Waris atau kenalan yang tidak dapat pulang kerana perintah kawalan, boleh melakukan solat jenazah ghaib dengan memastikan jenazah selesai dikafan dan dikebumikan," katanya.
Mengenai bacaan talkin selepas proses pengebumian pula, Anhar mencadangkan ahli jawatankuasa kariah terlibat melakukannya seringkas mungkin kerana tidak digalakkan berkumpul sepanjang pelaksanaan PKP.
Katanya, bacaan talkin itu boleh dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada penduduk setempat kerana objektifnya sebagai pesanan kepada umat Islam mengenai kematian. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020

Solat jenazah ghaib berserta doa merupakan penghormatan terakhir daripada waris dan kenalan yang tidak dapat menatap wajah individu berkenaan. - Gambar hiasan

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Solat jenazah ghaib untuk mangsa COVID-19
Waris dan kenalan individu Islam, yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19, boleh melakukan solat jenazah ghaib ke atas arwah, kata Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.