Pelancaran Garis Panduan Penggunaan Senjata Api (Semasa menjalankan tugas) 2017 menjadi penambahan kepada garis panduan senjata api yang sedia diguna pakai oleh agensi-agensi penguatkuasaan negara.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, ia sekali gus salah satu cara Jabatan Peguam Negara menzahirkan rasa terima kasih kepada anggota penguatkuasaan yang sedia bertugas demi memastikan undang-undang negara dipatuhi sewajarnya.
"Garis panduan berkenaan diharap dapat membantu semua pihak dalam memastikan suatu pendekatan yang konsisten diambil dalam soal penggunaan senjata api oleh anggota-anggota penguatkuasa semasa menjalankan tugas murni mereka," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Suku Tahunan Jabatan Peguam Negara di sini hari ini.
Penyediaan garis panduan itu tercetus berikutan insiden yang telah menimpa seorang pegawai kastam wanita yang terbunuh akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan semasa menjalankan tugas operasi di Kelantan pada tahun lalu.
Ia sekali gus menimbulkan satu pemerhatian Mohamed Apandi yang melihat kejadian itu berlaku kerana kurang pendedahan mengenai prosedur penggunaan senjata api di kalangan anggota penguatkuasa semasa menjalankan tugas.
"Lantaran itu, pada Disember tahun lalu, saya telah mengarahkan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji semula tatacara penggunaan senjata api yang diguna pakai di semua agensi penguatkuasaan di negara ini.
"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutama SPRM, APMM, PDRM, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, PERHILITAN, KPDNKK dan Jabatan Penjara Malaysia di atas kerjasama dan komitmen dalam penyediaan garis panduan ini," jelasnya.
Pada majlis sama, Jabatan Peguam Negara turut melancarkan AGC ke Arah Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2017.
Kata Mohamed Apandi, ia usaha Jabatan Peguam Negara dalam proses mendapatkan pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam daripada pihak MAMPU.
"Kerana itu, beberapa siri penerangan dan kursus EKSA ini telah diadakan sejak April lalu bagi memastikan semua warga AGC benar-benar faham dan komited akan usaha serta tindakan yang perlu diambil demi memastikan AGC mendapaf pensijilan tersebut.
"Fokus utama EKSA tertumpu ke arah penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai amalan baik dalam kalangan seluruh warga agensi sektor awam," ujarnya.
Jelasnya, EKSA turut menerapkan beberapa elemen termasuk penampilan imej korporat, pembudayaan kreativiti dan inovasi, penerapan aspek amalan hijau di pejabat, penyediaan persekitaran kondusif dan mesra pelanggan serta kepelbagaian agensi.
Wan Syamsul Amly
Fri Jul 21 2017

Mohamed Apandi berkata penyediaan garis panduan itu tercetus berikutan insiden yang telah menimpa seorang pegawai kastam wanita yang terbunuh akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan semasa menjalankan tugas. - Foto Astro AWANI / Wan Syamsul Amly

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Menteri Ekonomi ASEAN kolektif kerjasama dengan AS
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menegaskan persetujuan untuk bekerjasama secara kolektif dan mengekalkan pendekatan keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Amerika Syarikat.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
FGV sasar capai margin keuntungan lebih baik
FGV Holdings Bhd menyasarkan untuk mencapai margin keuntungan yang lebih baik pada separuh pertama tahun 2025 susulan bekalan yang terhad dan permintaan tinggi sempena musim perayaan yang dijangka mengekalkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada paras tinggi.
18 keutamaan ekonomi dipersetujui negara anggota
ASEAN mencapai persetujuan terhadap sembilan daripada 18 PED yang ditetapkan Malaysia setakat ini.
Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang isbat yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.

Makin nak Raya, harga daging makin naik
Harga daging lembu segar tempatan di sekitar Kepala Batas di sini dijual pada harga RM40 sekilogram, dipercayai melebihi harga siling RM34 sekilogram yang ditetapkan kerajaan.

Perisian tidak sah: Gayatri seru kerajaan cari strategi kukuh bantu industri perfileman
Menurut Gayatri, pihaknya cukup terasa dengan impak cetak rompak kerana tidak banyak saluran di Malaysia yang boleh menjual produk mereka.

Bagaimana nak pertahankan karya jurugambar yang dicilok?
Jurugambar perlu tahu hak mereka sekiranya karya-karya yang dibidik menjadi mangsa plagiat atau dicuri untuk kegunaan pihak lain.

JPJ kekal penggunaan WhatsApp untuk orang ramai buat aduan
Langkah itu dianggap berkesan dalam menangani pemandu yang melanggar peraturan antara lain memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan memotong di lorong kecemasan.

KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina
Sebanyak 12 jenis barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Tahun Baharu Cina 2019 yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula 30 Jan dan berakhir pada 8 Feb.

Harga barangan perlu diselaraskan ikut SST mulai 15 Nov
Mulai 15 Nov depan, semua pasar raya besar dan kedai runcit berangkai di seluruh negara perlu menyelaras harga baharu bagi semua jenis barangan mengikut sistem SST yang dilaksanakan pada 1 Sept lalu.

Gerai ikan 5 sen diperiksa
Tindakan berkenaan adalah tugas rutin dilakukan ke atas premis perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan dan garis panduan ditetapkan.

Kementerian Kesihatan kaji mekanisme kawalan harga ubat
Usaha itu diambil berikutan harga ubat-ubatan dalam pasaran kian meningkat setiap tahun dan dikhuatiri menjejaskan kebolehmampuan penjagaan kesihatan untuk rakyat.

KPDNKK N. Sembilan kesan 21 kes langgar kawalan harga musim perayaan
Kes dikesan hasil pemeriksaan ke atas 815 premis perniagaan dan melibatkan antaranya Perintah 2 (1) Perintah Kawalan Harga Antipencatutan Penandaan Harga Barang Terkawal.

Mantapkan penguasaan Bahasa Inggeris mudahkan permohonan dana kerajaan
kemahiran Bahasa Inggeris mampu memacu sektor e-dagang tempatan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di peringkat global.