Gunung Dulang dan Gunung Ais di Ulu Tembeling, Pahang merupakan kawasan tadahan air semula jadi yang penting di Semenanjung Malaysia.
Ia turut menyimpan khazanah spesies kayu balak berkualiti tinggi seperti merbau, seraya dan meranti yang bernilai jutaan ringgit, sekali gus menjadi tumpuan aktiviti pembalakan.
Baru-baru ini, kami mendapat maklumat daripada Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Pahang bahawa terdapat pencerobohan haram di dua kompartmen di Hutan Rizab Gunung Ais.
Bagi menyiasat perkara itu, Astro AWANI mengikuti PEKA Pahang ke lokasi bagi meninjau sejauh mana kesan penerokaan di kawasan yang didakwa seluas 800 ekar tanah itu.
Pada hari pertama, kami memulakan perjalanan dari Kuala Tahan sebelum memasuki mukim Ulu Tembeling.
Selepas kira-kira lima hingga enam jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak berdebu dalam cuaca panas terik, akhirnya rombongan kami tiba di Kampung Bukit Mat Daling.
Memandangkan hari sudah lewat, kami berehat di kampung berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan harinya.
Seawal 10 pagi, kami meredah belantara Ulu Tembeling ke Hutan Rizab Gunung Ais menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Apa yang nyata, perjalanan untuk mengesan aktiviti pembalakan itu bukan mudah.
Pelbagai liku dan kesusahan terpaksa kami tempuhi dalam keadaan cuaca yang begitu terik termasuk jalan balak yang begitu mencabar. Sepanjang perjalanan, kami juga melihat banyak kesan peninggalan akibat aktiviti pembalakan.
Selepas dua jam perjalanan, kami menjumpai longgokan balak yang mencurigakan. Ini kerana tiada tag rasmi Jabatan Perhutanan tertera pada setiap balak. Di samping itu, ia juga tidak memaparkan sebarang papan tanda lesen pembalakan.
Menurut Akta Perhutanan Negara 1984, setiap hasil balak yang ditebang di hutan simpan kekal perlu mempunyai tanda rasmi daripada Jabatan Perhutanan Negeri.
Kurang daripada 10 minit di lokasi berkenaan, kami segera meninggalkan kawasan berkenaan kerana tidak mahu kehadiran disedari.
Kami kemudian ke lokasi seterusnya iaitu matau balak kayu rampas di bawah pengurusan Amanah Saham Pahang (ASPA).
Apa yang kami lihat adalah beberapa longgokan kayu balak yang ditebang secara haram yang dirampas oleh pihak berkuasa.
Menurut Pengerusi PEKA Pahang, Khaidir Ahmad, ia menunjukkan bahawa berlaku pembalakan secara haram.
"Apa yang dapat dilihat sekali gus membuktikan wujud aktiviti pembalakan secara haram di Ulu Tembeling, Pahang."
"Sering kali kawasan tadahan air dan kawasan berbukit menjadi tumpuan aktiviti pembalakan kerana wujudnya spesies pokok kayu berkualiti tinggi seperti merbau, meranti, seraya dan cengal," katanya.
Namun, itu hanya sebahagian kecil yang berjaya disita oleh Jabatan Perhutanan Pahang.
Khaidir mendakwa, banyak lagi kawasan mungkin diceroboh tanpa pengetahuan pihak berkuasa.
"Mungkin yang ditangkap ini hanya satu daripada sepuluh, jadi sembilan lagi lepas. Jadi apa maklumat yang PEKA dapat dan kita juga telah melihat dengan sendiri memang terbukti berlakunya pembalakan haram di kawasan tinggi di kawasan yang tidak sepatutnya dibalak," katanya.
Haram atau tidak, apa yang dilihat adalah jelas, kemusnahan hutan yang luas akibat kerakusan kerja-kerja pembalakan di kawasan yang sepatutnya hijau serta menadah air hujan.
Tinjauan kami ke kaki Gunung Dulang pada keesokan harinya juga mendapati kawasan luas sekitar 2,000 hektar tanah berhutan yang telah diteroka untuk tujuan perladangan.
Khaidir berpandangan kawasan berbukit atau tadahan air sewajarnya dipelihara dan tidak diteroka untuk sebarang aktiviti pembangunan.
"Tadahan air adalah kawasan tidak boleh disentuh langsung sama ada pembalakan berlesen atau pembalakan haram. Bagi Gunung Ais dan Gunung Dulang, ia adalah dua kawasan tadahan air semula jadi."
"Walaupun mereka tidak diwartakan sebagai kawasan tadahan air tetapi ia sangat penting untuk sistem Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Kalau kering Sungai Tembeling, Sungai Pahang juga akan kering," katanya.
* Ini adalah siri kedua laporan khas "Kerakusan Manusia Musnahkan Sungai Tembeling."
**Ikuti siri ketiga laporan ini mengenai kesan pembalakan yang mula dirasai penduduk.
Tan Su Lin
Sun Apr 10 2016
Gunung Dulang dan Gunung Ais di Ulu Tembeling, Pahang merupakan kawasan tadahan air semula jadi yang penting di Semenanjung Malaysia.
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Spesies pokok kayu berkualiti Ulu Tembeling cetus 'nafsu' pembalak haram
Gunung Dulang dan Gunung Ais di Ulu Tembeling, Pahang merupakan kawasan tadahan air semula jadi yang penting di Semenanjung Malaysia.