Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) khas bagi urusan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, yang akan diadakan pada 4 Julai ini berikutan pandemik COVID-19.
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata antara yang dicadangkan ialah dengan mengehadkan jumlah maksimum pengundi di setiap saluran kepada 400 pengundi berbanding 600 orang sebelum ini.
Beliau berkata SPR akan berbincang bersama Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung SOP khas itu.
"Kita tidak mahu selepas PRK ini, ada kluster SPR atau kluster PRK N23 (Chini). Jadi kita ambil inisiatif untuk melaksanakan langkah-langkah yang bersesuaian bagi mencegah merebaknya wabak COVID-19 semasa perjalanan PRK ini, " katanya dalam sidang media selepas mesyuarat bagi membincangkan urusan PRK DUN Chini di sini, pada Jumaat.
Azhar berkata perbincangan melalui libat urus itu antaranya mengenai bagaimana untuk merendahkan risiko merebaknya COVID-19 semasa perjalanan PRK dalam penyediaan SOP khas itu.
Beliau berkata SPR juga akan menambah maklumat baharu dalam kad pengundi (VC) iaitu 'masa keluar mengundi yang digalakkan' bagi memastikan SOP pematuhan jarakan sosial dapat dipraktikkan di samping dapat mengurangkan kesesakan di pusat dan saluran mengundi.
Bagi peraturan berkempen, Azhar berkata SPR akan berpandukan SOP dan peraturan yang dikuatkuasakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Diperketatkan (PKPD).
"Diandaikan perintah sekarang (PKPB) dikuatkuasakan, maka ceramah tidak dapat dibenarkan, maka cuma berkempen melalui media massa, banting dan poster, dan unit kempen bergerak sahaja. Ia bergantung kepada jenis PKP berkuat kuasa ketika itu. Kita akan pantau dan memuktamadkan keputusan pada tarikh yang terdekat," katanya.
"SPR akan memastikan sebarang bentuk aktiviti yang boleh dilaksanakan (bagi urusan kempen pilihan raya) adalah selari dengan arahan kerajaan yang berkuat kuasa pada waktu berkenaan," katanya.
Beliau berkata SPR juga bersetuju menubuhkan pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya yang dianggotai oleh wakil daripada polis, pihak berkuasa tempatan dan wakil calon yang bertanding untuk memantau semua aktiviti kempen PRK sepanjang tempoh rasmi berkempen.
Ditanya jika terdapat pengundi yang disyaki positif COVID-19 atau bergejala pada hari mengundi, Azhar berkata antara yang dicadangkan ialah individu berkenaan dibawa terus ke khemah khas dan diasingkan daripada pengundi lain serta akan diuruskan oleh petugas SPR yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE).
"Bagaimanapun, ia tertakluk kepada input dari pihak KKM, NADMA, MKN dan PDRM. Ini diandaikan bahawa PKP atau PKPB masih berkuat kuasa ketika itu.
"Kita belum tahu lagi, tapi akan memantau perkara ini dari semasa ke semasa. Ini kerana banyak perkara yang perlu dilihat, kalau dibenarkan mengundi di hospital atau secara pos bagaimana nak urus kertas undi," katanya.
Ditanya sama ada pusat mengundi akan melalui proses sanitasi terlebih dahulu, Azhar berkata ia masih dalam perancangan.
- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
Azhar berkata SPR akan berpandukan SOP dan peraturan yang dikuatkuasakan sepanjang tempoh PKPB atau PKPD. Gambar fail/ Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRU15: 20 nyaris tidak mengundi diangkut dengan bot ke pusat mengundi di Chini
Kesemua pengundi berjaya dibawa dengan bot ke pusat mengundi secara berperingkat oleh agensi berkaitan.
Sokongan PM, faktor kemenangan besar calon BN - Timbalan Presiden Pas
Sokongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap calon Barisan Nasional (BN) adalah antara faktor kemenangan besar parti itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
BN cemerlang pertahan kerusi DUN Chini, hasil muafakat semua pihak - MB Pahang
Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini digambarkan cemerlang berikutan hasil muafakat semua pihak.
Wakil rakyat Chini diketahui hari ini
PRK DUN Chini merupakan pilihan raya kecil ke-11 selepas PRU14 dan merupakan yang pertama buat Perikatan Nasional selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada PH pada Mac lalu.
Chini Memilih: Pastikan calon BN menang untuk buktikan kesepakatan PN - Muhyiddin
PRK Dun Chini adalah satu langkah bersejarah ke arah pembentukan perikatan ini menjadi gabungan politik yang kukuh dan mantap
Harap tiada fitnah, berita palsu dalam media sosial sepanjang PRK DUN Chini
Media sosial dijangka menjadi antara medium utama berkempen memandangkan PRK itu berlaku dalam tempoh PKPP.
Chini Memilih: Saya jadi wakil masyarakat FELDA dan Orang Asli - Calon BN
Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, bertekad akan menjadi wakil bagi masyarakat Felda dan Orang Asli jika diberikan mandat pada 4 Julai ini.
PRK DUN Chini bermula dengan penamaan calon pagi ini
Proses penamaan itu akan bermula pada 9 pagi dengan bakal calon diberi tempoh sejam sehingga 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan.
SPR perkenal SOP khas PRK DUN Chini bagi cegah penularan COVID-19
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) khas bagi urusan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
BN letak calon tanding kerusi DUN Chini
Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Chini (N23) dalam pilihan raya kecil akan datang, kata Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa.