Dakwaan Lim Kit Siang bahawa isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Australia sudah diketahui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Disember 2014, adalah tidak benar sama sekali.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata SPRM hanya mula menerima maklumat daripada orang ramai pada Mac 2015, dan badan itu terus memulakan proses 'profiling' ke atas individu dan syarikat terlibat.
"Susulan itu, SPRM menerima kunjungan Polis Australia pada Mei 2015 di mana kedua-dua pihak SPRM dan Polis Australia bertukar-tukar maklumat dan memulakan siasatan bersama.
"Pada Jun pula, SPRM menghantar beberapa pegawai ke Melbourne untuk berbincang. Apabila media Australia dan tempatan melaporkan isu ini pada 23 Jun 2015, pegawai SPRM sudahpun berada di Melbourne sebagai sebahagian daripada kerja siasatan sebelum isu ini timbul," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Shukri sekali lagi menegaskan bahawa tidak timbul langsung isu SPRM telah menjalankan siasatan sejak Disember 2014, seperti didakwa oleh veteran DAP itu.
Lim, yang juga anggota Parlimen Gelang Patah, hari ini meminta penjelasan daripada SPRM sekiranya badan pencegah rasuah itu menerima maklumat berhubung isu penjualan hartanah di Australia itu sejak tahun lepas lagi.
Sekiranya dakwaan beliau benar, Lim berkata SPRM harus menerangkan mengapa agensi itu dilihat lebih kepada 'melindungi' bukan 'membongkarkan'.
Mohd Shukri berkata SPRM sentiasa menjalankan siasatan secara telus, bebas dan profesional tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.
"Tidak timbul isu SPRM cuba tutup kes ini. Malah tidak adil bagi mana-mana pihak, khususnya ahli politik membuat andaian kononnya SPRM mahu menutup kes ini.
"Status siasatan akan dimaklumkan kepada badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, yang ahlinya mewakili orang ramai. Jika ada sangsi dengan siasatan kes ini boleh menghubungi badan-badan bebas ini," katanya.
Selain itu, beliau berharap semua pihak akan memahami proses kerja SPRM yang mana hasil siasatan tidak boleh didedahkan kepada umum sewenang-wenangnya bagi mengelak siasatan terganggu.
Bernama
Sat Jun 27 2015

Mohd Shukri menegaskan tidak timbul langsung isu SPRM telah menjalankan siasatan sejak Disember 2014, seperti didakwa Kit Siang.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

PM Anwar bidas pengkritik, tekad laksana agenda reformasi negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen teguh kerajaan dalam menggerakkan agenda reformasi negara.

Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang
Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.

Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada TYT Pulau Pinang
Lim Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri.

1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.

Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.

Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri
Bekas MP Iskandar Puteri itu berkata, perkara tersebut tak mungkin terjadi biarpun tiada larangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Polis selesai rekod keterangan Kit Siang
Polis telah merekod keterangan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada Rabu, berhubung kenyataannya berkaitan kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini
Ia susulan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad.