Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik kenyataan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangguh sementara siasatan terhadap dakwaan penglibatan pegawai SPRM berhubung kes kebocoran maklumat, yang disiar dalam portal Sarawak Report.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata beliau bersetuju dengan keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang diumumkan semalam untuk menangguhkan siasatan bagi mengatasi suasana tidak senang yang wujud sekarang.
"SPRM memahami tugas dan tanggungjawab PDRM dan begitu juga PDRM berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab SPRM.
"Melihat kepada suasana sekarang, SPRM meminta kepada semua pihak agar tidak menyampai dan menyebar luas maklumat-maklumat yang tidak sahih serta andaian negatif yang boleh mengelirukan dan malah boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Jangan ganggu siasatan SPRM - Akhbar Satar
BACA: PPPR desak dua pegawai SPRM ditukar kembali ke tugas asal
Beliau turut memaklumkan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah menjalani pembedahan di sebuah hospital di ibu negara Jumaat lalu.
Pembedahan itu telah lama dijadualkan dan atas nasihat pakar perubatan, Abu Kassim telah selamat menjalani pembedahan dan beliau kini beransur pulih, kata Mustafar.
Beliau berkata Abu Kassim telah meminta semua pegawai SPRM agar terus melaksanakan tugas dengan bebas, telus dan profesional sebagaimana aspirasi suruhanjaya itu.
Berhubung kenyataan dan laporan media bahawa beberapa pihak mahu berkumpul di premis SPRM di seluruh negara bagi menzahirkan sokongan kepada suruhanjaya itu, katanya: "SPRM memohon kerjasama agar tidak meneruskan tindakan mereka."
Beliau berkata tindakan itu dibimbangi akan mewujudkan suasana tidak selesa kepada orang ramai yang berurusan dengan jabatan kerajaan lain memandangkan sebahagian besar pejabat SPRM terletak dalam kompleks atau bangunan kerajaan persekutuan yang turut menempatkan jabatan lain.
"SPRM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin kerajaan, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan serta rakyat jelata yang telah memberikan sokongan moral secara langsung atau tidak langsung," katanya.
Bernama
Sun Aug 09 2015

MUSTAFAR: SPRM memahami tugas dan tanggungjawab PDRM dan begitu juga PDRM berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab SPRM. - Gambar Fail

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Sindiket penipuan beli akaun keldai pada harga RM500
Jenayah penipuan dalam talian atau 'scam' dilihat semakin parah sejak akhir-akhir ini apabila jumlah kerugian akibat jenayah itu dilaporkan mencecah jutaan ringgit.

'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah
Shukri berkata beliau bukannya meletak jawatan atau diarahkan meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa 'fail' berprofil tinggi.

Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah Imigresen
Khairul Dzaimee, 47, menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang bersara daripada jawatan itu pada 31 Disember lepas.

Jamil Rakon dilantik KP Imigresen, ganti Mustafar Ali
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar rombakan besar-besaran yang dibuat pada Khamis itu merupakan proses biasa bagi perubahan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Mustafar terajui Pusat Jenayah Kewangan Nasional
Surat arahan tersebut telah dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada beliau pada Isnin.

Amaran Jabatan Imigresen kepada majikan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Gempur pusat hiburan di Cheras, 89 warga asing ditahan
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata mereka yang terdiri daripada 73 wanita dan 19 lelaki itu ditahan anggota Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen.

Belum ada permintaan senarai hitam Zahid Hamidi - KP Imigresen
Jabatan Imigresen akan menyenarai hitamkan nama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika terdapat permintaan pihak berkuasa.

23 individu warga China ditahan di pusat hiburan di Cheras
Seramai 23 individu warga China ditahan dalam serbuan Ops Gegar yang dijalan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini.

Warga Syria ditahan reman selama 14 hari
Pihak imigresen kini sedang bekerjasama dengan Kedutaan Syria bagi proses menghantar pulang Hassan Al Kontar.